Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Wednesday, April 23, 2014

Perempuan : Handbag Kecik atau Handbag Besar ?

Assalamalaikum.

Mula-mula sekali aku nak tanya sapa tengok episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta semalam? Sapa tak tengok mungkin dia layan cerita cina kat tv 8. Sapa yang tengok , kita sekufu. Sedih kan wak ending dia. Tambah-tambah part Mastura baca diari Jebat tu. Ya allah aku ingat Jebat dah mati. even aku dah boleh agak dah cerita melayu ni, hero dia kot mana pun kena tembak ke tikam ke sure HIDUP. Dasyat kan. Melelah air mata ke tak tu awak jangan tanya k. Even abah aku yang stone heart *hati keras* pun dah mendung dah muka dia aku tengok. Tahan nangis lettew abah. Oh ya itu peribahasa versi aku stone heart. Pun boleh. Apa-apa pun cerita tu memang best and romantik habis. Tapi aksi romantik tu macam... hmm whatever !

Habis cerita pasal Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Now,

Ok girls, apa pendapat hampa pasal handbang? Awak obses dengan handbag tak? atau benda lain like heels, atau blouse or maybe makeup? Pasal benda lain aku taknak cakap melainkan handbag. Sebenarnya aku sangat sangat suka handbag. Tapi tak obses sangat, maybe. Pantang tengok handbag murah n cantik sure aku rasa nak beli dan terrbeli. Nak buat macam mana. Aku wanita normal. Kalau tak normal aku mungkin dah kumpul sampah buat koleksi.

Handbag Besar.
Cakap pasal handbag kecik atau besar, bagi aku, aku prefer handbag yang besar. Tapi tak terlalu besar kira yang sedang agak boleh sumbat barang-barang keperluan like ipad, makeup case , spare tshirt , pad , tissue , handfone err rasanya itu saja kot yang ada dalam bag aku sekarang. Ya aku memang akan spare satu tshirt dalam handbag aku. Mana lah tahu ada emergency case sos tertumpah atas baju time makan kat mekdi ka.
Bagi aku handbag besar ni mudah dan senang. Kau boleh campak ja benda apa kau nak campak dalam tu. Tapi mengaku la, a lil bit struggle bila nak cari handfone yang bunyi jenuh aku nak kocak cari fone.Tapi semua handbag aku ada poket kat tepi tu untuk letak fone so tak perlu la aku nak kocak bag tu. Part tak best guna handbag besar is, selalu jadi tumpangan barang orang. Menyampah! Mau taknya bila kita keluar shopping dengan kawan depa beli barang tu ini pastu tak cukup tangan mula mintak tumpang sumbat barang kecik-kecik dalam bag kita. Tak boleh terima betul. Tapi dah kawan kan nak buat macam mana. Aku selalu jadi mangsa dalam kes ni. Jahat korang buat aku cemtu. Haha.

 Handbag kecil.
Walaupun aku kurang gemar guna handbag yang bersaiz kecik, tapi aku tetap ada 3 handbag saiz kecik molek ni. Dua parent aku hadiahkan then lagi satu aku beli . Opss maaf TERbeli. Macam mana aku terbeli aku pun dah tak ingat. Bag tu dah lama aku beli zaman aku 'muda-muda' dulu. Masih elok lagi.
Masalah bila guna bag kecik ni, aku rasa macam sempit sangat, Nak letak barang pun tak boleh nak letak banyak-banyak cam aku selalu humban dalam bag besar aku. Lepastu selalu rasa macam tak selesa bila galas beg tu. Kejap aku letak kat lengan macam mak datin kejap aku panjangkan tali buat sling bag. Tapi tetap tak selesa. Dahtu macam mana, aku memang jenis tak reti. Lagi satu bila guna handbag kecik ni aku rasa macam kurang selamat. Risiko mudah diragut besar. Tambah-tambah kalau kau bimbit clutch atau purse saja. Lagi besar risiko untuk awak kena ragut tahu. Boleh kalau nak guna clutch tapi guna time awak nak pergi dinner atau kenduri kendara je ya.


Aku sebenarnya nak cari handbag baru. Since aku selalu usya web shopping online iaitu Nile.com aku mula rasa nak gila sebab item-item kat situ semua SANGAT MURAH MURAH MURAH . Haa puas hati aku biar aku capslock biar beliak biji mata hengkau. Mohon lah pi shopping kat sana barang depa memang cantik terutama sekali HANDBAG ! Kalau takmau usya bag , korang boleh tengok kategori lain yang ada kat situ macam baju, topi, skin care, alatan rumah dan macam-macam lagi. Tunggu gaji aku serbu Nile.com.my yeah!









Hambik aku post beberapa gambar dari Nile. Btw they sell gorgeous shoes too. Check it out.

4 comments:

  1. handbag besar.... sng nak sumbat segala benda

    ReplyDelete
  2. vote for handbag besar!! boleh sumbat botol susu anak ngan pampers ngan baju anak sekali.. boleh cenggitu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha tersangat lah boleh sis. Senang kita nak sumbat smua barang kita. Kita geng cuma Dira takda la sumbat botol susu anak lagi sbb belum kahwin hehe

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON