Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Tuesday, November 25, 2014

Detox Untuk Kurus



Ada yang tahu tak pasal detox mendetox ni?
Atau dalam bahasa lain Infused Water

Sini nak cakap sikit.

Sepatutnya dah lama aku buat. Tapi dek kerana malas yang menghasut , lempar tepi je benda-benda cenggini. Disiplin mana disiplin? pastu sibuk nak flat. puih!

Detox water ni sebenarnya adalah proses mengeluarkan racun atau zat zat yang tak diperlukan dalam tubuh kita. Kadang tu ada yang sembelit lah demam lah flu lah paling menyampah overweight. Kesnya berpunca dari perut kita tak dapat cerna makanan yang kita makan tu.

Sebenarnya banyak lagi punca dia. Aku malas nak cerita sebab aku nak cakap sikit jer.

So , start from now aku kena buat. Sebenarnya dah start buat pun semalam. Guna fruit yang ada je dulu , orange mix dengan lime. Biar semalaman dalam peti sejuk then pagi tadi baru aku start minum. Fuhhhhh lawas tau kekakak ringan je perut. 

Amalkan sebulan tengok apa jadi.

Ni ada 'resepi' sikit ye kekakak sekalian.







Sunday, November 23, 2014

Fenomena Vendor Boutique

Assalamualaikum wbt

May your day be filled with much peace, love and joy. Gituw

Fenomena vendor boutique makin dasyat kan sekarang? Ramai dah anak muda dan tak berapa nak muda pun ada involve dalam bidang bisnes macam ni. Suka aku tengok sebab kebanyakkannya orang MELAYU kita. Proud!

Dari awak terus bershopping kat orang baik awak cuba ubah hidup awak supaya orang pulak datang bershopping kat awak. Hah kata nak kaya khennnn?

Aku suka sangat pergi 'melawat' cuci mata tengok vandor boutique orang lain. Comel je stuff yang diorang jual. Design boutique pun kemahen gorgeous tau rasa takmau balik nak lepak lelama kat situ. Melampau kau Jah! mana taknya ada sesetengah butik tu siap buat mini cafe lagi atau nama stylo nya Chiller. Waaah! MAKANAN.

Buat masa sekarang hanya mampu berangan-angan saja nak buka boutique sendiri sebab belum ada modal dan ada komitmen lain cewah. Tunggu lepas aku habis study nanti aku fikir balik cita-cita yang satu ni ye.

Encik future, awak kena bantu saya okay? ehem

Kalau dah rasa berjaya sikit tu kita hasilkan produk jenama kita sendiri macam baju brand sendiri ka, kasut ka haa. Impian sangat tau.

Ya Allah, may all my dreams come true! Amin................

Tempek gambar sikit :)











Sumber carian gambar: Google


Haaaa tudiaa. Ni contoh ni.

Ok dah dah cukup lah tuu.

Wednesday, November 19, 2014

AEON Big Di Alor Setar

Assalamualikum wbt.

Hamboi hamboi Kedah makin maju sekarang baq ang! Banyak dah bangunan yang dok naik. Salah

Baru la syok/standard sikit kan dah ada shopping mall besar gitu, tak la bosan balik-balik hang asyik nak pi Tesco dengan Star Parade ja kalau nak jauh sikit pi Jitra Mall dengan Mydin. Ceh!

Ok gurau k gurau sebab aku pun sama jugak. mehehehe

Taa zabarrrrr nak tunggu Aeon siap nak serbu cuci mata. (kau jakun ke dira? ) Sebenarnya ada lagi satu projek pembinaan shopping kompleks kat alor setar ni which is Parkson atau nama sedapnya Aman Central. Tapi aku tengok pacak tiang dah lama sampai sekarang tak siap-siap jugak. Takpa kita tungguuuu

Btw, orang Kedah semua kita tunggu perasmian/pembukan Aeon di Jalan Gangsa tak lama lagi ye.



Tuesday, November 18, 2014

Next Life

Assalamualaikum wbt.

Alhamdulillah, happy to write again.

Sekarang aku dah jarang sekali nak blogwalking. Mana ada masa untuk tu sekarang. Bila usya kat dashboard, wah wah banyak betul entry orang lain yang best. Niat nak klik dan mentelaah blog korang tu jadi pupus entah kenapa. Main usya tajuk je. Maaf maaf!

Tengah loading semangat balik sekarang...

Sebenarnya aku tengah counting days untuk sambung study. After nak dekat setahun tak pegang buku. Yela aku cuma pegang file pegang komputer saja sekarang.
Btw isyaallah aku akan sambung belajar di KUIN . Dekat kedah jugak senarnya dalam bidang Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan dengan Kepujian.

Sebelum aku decide nak belajar kat KUIN, banyak sebenarnya rintangan yang aku hadapi. First aku memang sedih sesedihnya sebab tak dapat tawaran IPTA. IPTS ja yang banyak hantar pinangan. Itu biasa. Bukan aku ja yang hadapi ramai lagi student yang rasa situation ni. Depend on kita sendiri samada boleh sabar atau tak.

And now aku pilih IPTS. Actually that's not a big difference between IPTS and IPTA. Both is same. Yang penting awak tu. Boleh go on atau tidak. Khennnn?

Ta zabarrrrr nak tamatkan komitmen aku lagi seminggu di Rafida Rejab & Co. Bukan meluat tapi excited nak go back to be a student. Baru rasa muda. Eh? Kepada semua staff di RRC im gonna miss you sooo much Muah!

Itu saja kot, esok lusa aku menulis lagi.

With love,
HS

















Monday, October 27, 2014

Petrol Mahal Untuk Awak Yang Gaji RM 5,000

What A Shock !

This is serious kekakak. 

Boleh aku tahu macam mana dengan golongan berkedudukan like menteri , kerabat etc , adakah mereka juga dikenakan kenaikan harga minyak ni ? Kalau mereka dikecualikan jadi perkara sungguh melampau !

Gambar dipinjam dari blog Rotikaya. 

Mujur gaji kite dengan mak bapak kite tak cecah sampai 5k.


Just share.
More info kindly read at Rotikaya blogs. 


After a Loooong Time

Assalamualaikum wbt.

Aku perati je blog ni. Eww banyak gila debu masyaALLAH !

 Setelah sekian lama tak update blog ni. Bukan kerana Amnesia bukan kerana tertelan semut tapi dek kerana banyak komitmen lain yang aku perlu utama kan. Syukur harini tertepuk hati terpetik jari nak selongkar Hadirah Syakirah Soul. 

Soul Soul Soul.

To be honest , aku rinnnnnnndu nak menaip balik.Semoga ada kelapangan ye cik dira so that you can continue blogging. Ihiks .

Ini baru muqadimah saja. Tunggu kejap je tak lama.



Thursday, May 29, 2014

Review : Nikko Placenta White

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang Nikko Placenta White, iaitu produk hebat yang mampu memulihkan kulit anda yang bermasalah terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit yang cerah, glowing dan flawless. Hebatnya mengenai produk ini, ia baru dilancarkan pada awal bulan April 2014 tapi sudah mempunyai pengikut dan testimoni yang tidak kurang hebatnya. Dan aku juga merupakan salah sorang customer yang consume Nikko Placenta White ni. YEAY!


 Kelebihan Nikko Placenta White 

✔ Memutihkan muka & seluruh badan

✔ Tegang serta gebukan kulit wajah

✔ Mengecilkan ruang pori

✔ Mencegah serta menghilangkan jerawat

✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut )

✔ Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )

✔ Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus

Jangan ragu-ragu sebab produk ini dikilangkan di kilang bertaraf GMP dan juga bertaraf halal. Maka automatik apa-apa  produk yang dikeluarkan oleh kilang tersebut adalah HALAL. Sebagai contoh kedai makanan,  hanya kedai sahaja dapat halal, semua makanan yang dihasilkan turut dicop sebagai halal. Ini  kerana setiap proses pensijilan halal sangat memakan masa paling kurang 2 tahun.

Telahpun LULUS ujian makmal dan menunggu certificate sahaja dari KKM yang mana ia mengambil masa 5 hingga 6 bulan.

Produk ni berasaskan glutathione, collagen, mixberries, vitamin c dan juga extract protein salmon placenta. Glutathione dan collagen berfungsi sebagai memutih dan menggebukan kulit. Vitamin C pula sebagai anti acne dan membaiki kulit berparut. Protein salmon placenta pula merupakan protien dalam ikan salmon yang bertindak sebagai anti aging dan melambatkan monopaus.

Harga dia? Sangat berpatutan dan mampu milik. Sekarang ni aku masih dalam proses nak tunggu positive outcomes. Insyaallah sambil makan tu sambil la berdoa dan niat. Nanti bila kulit aku dah 'cantik' aku akan update testimoni aku kat sini.  

Wednesday, May 28, 2014

Rabu Berkata : K F C

Assalamualaikum.

Hai semua. Aku merupakan salah seorang penggemar KFC. Dalam sebulan mesti ada 2-3 kali aku makan KFC ni. Kira dah boleh hafal la apa menu terbaru atau promotion yang diorang buat.

Korang ada tengok iklan kat tv pasal KFC Value Treat tu? Alaa yang ada harga serendah RM 3 dan keatas tu. Haa, Promosi tu sangat lah bagus dan berbaloi. Sebabnya sekarang ni musim poket aku tak berapa nak tebal. Gaji belum masuk lah kiranya. Tapi napsu nak telan kepci tetap ada, taknak kalah! nyampah!

Disebabkan ada KFC value treat ni aku bahagia la sebab boleh jugak makan ayam kepci walaupun dalam poket aku waktu tu cuma ada RM10.  Tak kisah dah, sapa suruh buat promotion sampai murah gitu. mehihi! Tengok ni tengok..


See, tak lebih RM10 pun kan? Semua ni aku dah try dah. Black paper mushroom tu not bad la sedap jugak. Tapi bila aku bagi officemate aku rasa boleh pulak dia kata nak muntah. Dia tak makan cendawan agaknya. Oh! potato hash round tu memang hambar!

Okay, yang kat atas ni DONE! Misi seterusnya adalahhhhh

-
-
-
-
-
-
-
-
-





Ini sexy, belum try lagi. Ni pun bawah RM10 jugak. Tunggu ya Zinger Remix, gonna eat eat eat you.

Ada hikmah di sebalik kejadian Cadburry

Assalamualaikum gais!

Seriously i can't stop laughing when i found this. HAHAHA!

Kini boleh mencarut secara halus dan lembut.
Contoh :
  •  "perangai mcm babi" --> perangai mcm cadburry
  •  ''babila, main tipu --> cadburryla, main tipu
  •  "muka mcm babi ada hati nak ngorat aku" --> muka mcm cadburry, ada hati nak ngorat aku".
  • "siotla" dia ni memang babi" --> siotla, dia ni memang cadburry.



Mari kita pakat-pakat kongsi perkataan halus untuk mencarut. Budi bahasa budaya kita. Itu belum masuk isu panda lagi tu. Lagi banyak yang protes secara halus dan terang-terangan. Oh perdana menteri ku! 

Tuesday, May 27, 2014

CPUV buat pertama kalinya dari Nuffnang!

Assalamualaikum.

Aku rasa macam dah lama tak singgah blog aku ni. Update entry baru pun tidak. Huh! Baru akau paham perasaan sesetengah blogger yang makin lama makin dibiarkan blog dia tidak diupdate. Malas lah busy kerja lah study lah anak tarik kain masa nak main komputer la and so on. Tapi case aku ni jenis case yang tak ada ubat yakni MALAS.

Sini nak kongsi sikit la, yang aku baru dapat CPUV for the first time dari abang handsome Nuffnang, Handsome kah beliau? Whatever. Bersyukur ayat cliche sebab dapat CPUV ni walaupun blog aku ni tak seberapa. Sumpah gua cakap blog gua memang tak dak apa yang best pun. Bersyukur jugak ayat cliche lagi sebab aku berblogging tak sampai setahun pun tapi aku dah dapat CPUV dah. Ada orang dia mula berblog since 2012 lagi sampai sekarang belum dapat. Kira aku bertuah la jugak ye.


Perasaan envy sambil kecikkan mata sebab tak puas hati tu tetap ada. Mana tidaknya blogger lain berbakul-bakul dia punya CPUV ni aku pulak baru satu jek! But it's ok, anyway thank you Nuffnang!!! 


Dah! itu je pi sambung tidur.

Friday, May 16, 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

GA dari Emas Putih lagi. Kali ni Mini Cash GA RM50 part#3 pulak.
Hurry up GA ni berlangsung selama 1 minggu sahaja tau. 16 Mei Hingga 23 Mei
Feel free to join ya,
Good luck!

Sunday, May 11, 2014

Itulah MAMA

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di dunia. Terutama sekali kepada ibuku sendiri . Mama i love youuuuuuuu! mohon mama buka blog ni dan tengok jeritan anak dia kat sini.

Sedikit cerita tentang seorang mama.

Mama masih muda, masih bertenaga, masih kuat dan tabah sepanjang hidup dia. Dia jenis yang ceria, suka gelak ketawa, suka buat orang gelak, dan suka tengok tanyalah ustaz tiap pagi. Hari-hari aku, tak pernah lekang dengan pesanan dari mama. Tiap masa mama pesan 'along, jangan buat itu... jangan buat ini.. buat macam ni... macam tuu... jangan lupa....'. bla bla bla. Aku sampai nak mengantuk dah dengar pesanan tu. Aku dengar, aku ingat. Tapi ingat time tu saja. Lepas tu zupp hilang. Tapi aku tak risau sebab mama pasti akan  berpesan lagi. PASTI. Nasihat mama semua power-power. Semua berguna. Atas diri aku sama ada nak guna atau tak.

Bangga aku ada seorang mama yang sangat penyabar. Tahap kesabaran dia ya allah memang aku respect. Aku sendiri tak boleh nak sabar macam dia. Kerenah anak, kerenah suami, kerenah jiran sebelah, kerenah tukang kutip sampah kat luar rumah. But she's ok with it. Ayat dia,'Tak apa lah nak buat macam mana... , Biar lah dia itu antara dia dengan tuhan....' .Bila mama drive tetiba kereta depan kona tak bagi signal sampai mama break mengejut, mama masih tenang. Aku pulak dah mula turunkan tingkap nak sergah org yang bawak kereta tu takpun tangan aku laju ja tekan hon pat lima nam kali. Tapi mama kata ' haih tak payah buat macam tu dia terlupa lahtu nak bagi signal.... jgn hon, kesian kat orang...' .Aduh! mama why mama why? Aku kadang tention pulak situasi macam ni. Tapi bila fikir-fikir balik betul apa mama cakap. BETUL SANGAT. Tolong sabar.

Doa, solat, mengaji, zikir tak putus-putus mama buat. Tak pernah missed. Itu rutin harian dia. Habis lipat baju lepas tengok tanyalah ustaz, mama terus buat solat dhuha. Berdoa dimurahkan rezeki buat kami sekeluarga. Lepas maghrib mama baca quran. Lepas isyak zikir. 2 hari seminggu mama pi kelas fardhu ain. Tak semua ibu macam mama. Ibu org lain kerja, balik hidang lauk yang beli kat kedai. Penat kerja terus tidur. Tapi mama bukan macam tu. BUKAN. Hari-hari masak walaupun dia kata pening nak fikir nak masuk apa. Untung mama ada suami yang tak kisah , tak cerewet bab makan. Itu abah , tak ada ubi, kayu pun boleh. hehe

Aku jenis yang sensitif. Softhearted la orang kata. Hati mudah tersentuh , mudah sangat! Mewarisi mama perangai ni. Mama walaupun dia sabar, pernah dalam diam dia menagis sendiri. Dia cuba nak sembunyi tapi dia tak pandai sembunyi. Dia menagis sebab ada benda yang buat dia terguris hati. Luluh dia. Aku sedih tengok mama sedih. Even pernah air mata mama keluar sebab aku. Mama merajuk lepastu bermasam muka. Tapi tak lama, lepas dua hari mama akan okay dan mama dulu akan tegur org yang buat dia terasa hati walaupun orang tu belum datang minta maaf kat dia. Ya allah!

Aku beruntung ada seorang ibu sebaik mama.
Aku bersyukur masih memiliki seorang ibu yang aku panggil mama.
Aku tak penah lupa untuk cium dan salam mama tiap hari.
Mama pulak tak pernah lupa baca doa dan tiupkan ubun-ubun kami sebelum keluar ke sekolah dan pi kerja.
Doa mama semoga kami selamat, semoga dipermudahkan urusan harian kami.

Insyallah berkat doa mama, kami sentiasa dilindungi, Amin.

Selamat Hari Ibu buat mama tercinta.



Saturday, May 10, 2014

MINI GIVEAWAY KCOLLY BY SYIERA FIRDAUS




Assalamualaikum

Tekan banner untuk join


PEMBAHAGIAN HADIAH
TOP REFERRAL
Kcolly x 1 pemenang
RANDOM
Perla Coffee x 1 pemenang
TAMAT BILA-BILA MASA
Good luck!




p/s: Since k colly tengah meletop sekarang ni dengan banyak testimoni yang amat memberansangkan apa kata kita try join contest ni. Mana tahu jika ada rezeki kita untuk menang, so kita boleh cuba amalkan supplement k-colly ni . Aku sendiri pun teringin nak cuba :)


Sunday, May 4, 2014

Bad Day ! Kenapakah?

Assalamualaikum wbt.

Totally out of mood kebelakangan ni. Tak faham kenapa. Biasalah, kita manusia biasa ada hari kita gembira ada hari kita berduka. Berduka hengkau! Hari kita kat atas kita dah syok tak ingat dunia, bila kita jatuh bawah baru terkial-kial , baru nak menyesal baru nak luahkan perasaan . Macam aku!

Start hari khamis lepas sampai harini aku tengok banyak masalah yang timpa aku. Tak berat pun masalah tu cuma otak aku yang berat, serabut. Tuhan nak uji, kita jangan keji. Tuhan kata ada hikmah, kita jangan lemah. Be strong Hadirah .

Taknak cerita masalah hari khamis tapi hari sabtu dengan harini hari ahad. Sesungguhnya aku sangatlah careless. Sampai aku naik moto langgar orang. Langgar sorang pakcik Melelong orang tua tu. Mujur tak jatuh. Alhamdulillah aku masih boleh control moto aku time tu even sipi-sipi lagi nak terbalik. Dok terkodek-kodek dah. MALU ? Tak payah cakap. Aku dah hilang malu time tu .Aku pikir satu ja time tu 'ya allah selamatkan aku ya allah ! ' . Alhamdulillah sekali lagi sebab pakcik tu tak marah aku ke apa dia pun tak suruh berenti tepi then dia just blah cemtu ja. Mujurlah! Tapi... aku tak sempat mintak maaf kat dia. Sian dia. Agaknya dia kenal tak minah berbaju kurung merah berskuter merah berhelmet hitam ini?

Harini pulak , mungkin balasan kepada aku sebab langgar orang yang tak bersalah . Encik skuter aku mampos enjin tengah jalan. Ya allah gelabah beruk aku time tu. Kenapa mampos tengah jalan kenapa! Padahal 2 minggu lepas dah pi servis kot. Sedih tau tak. Tak berjasa betul skuter ni. Geram sangat, aku terajang beliau 3 kali. Hambik, kaki aku yang sakit. Nasib abah cuti harini then mintak tolong abah la. Harapkan aku nak tolak gi workshop memang tak la.

Moral of the story , bacalah doa naik kenderaan sebelum nak bawak moto. Jangan mengelamun pastu nak berangan kau naik kawasaki dengan mamat kacak. To mangsa langgar aku, aka pakcik moto kriss ampun maaf dipinta. To abah, i love you and thank you sebab selalu ada time along susah.

Thats all. Bye !




Tuesday, April 29, 2014

Tidak Sah Solat Seseorang Jika...

Assalamualaikum wbt

Penat aku mencari idea nak menaip. Tah kenapa otak kering ja sekarang. Nasib baik hari ni ada jugak benda yang nak aku kongsi setelah aku korek-korek jugak idea yang hilang.

Harini nak cerita pasal bacaan dalam solat kita. Solat itu wajib, membaca fatihah juga wajib kerana fatihah itu rukun solat. Yang menjadi kemuskilan, sempurna kah solat kita seharian siang malam pagi petang tu?
Wallahualam.

Bacaan yang betul dan teratur dalam solat amat penting. Kalau tersalah baca maka tersalahlah makna ayat tersebut. Tidak kah itu berdosa? Sempurnakan dulu bacaan Al-Fatihah kita. Pelajari dulu hukum-hukum tajwid agar kita dapat membaca surah Al-fatihah dengan sempurna tanpa lari maksud. Jangan berlagak yang awak dah expert surah Al-fatihah sedangkan seorang ustaz juga telah ditegur oleh seorang ustaz yang lebih berpengalaman bahawa bacaan Al-fatihahnya salah. Inikan kita yang mungkin kurang ilmu. Ini kisah benar.

Besides, ketika solat pastikan setiap surah dan semua bacaan dalam solat kita dibaca agak kuat. Kuat disini bermaksud , agak bacaan tu boleh didengari di telinga awak sendiri. Bagi lelaki tak mengapa jika lebih kuat, tapi wanita biarlah sedang-sedang sahaja. Ini kerana jika bacaan dalam solat itu hanya dibaca dalam hati ataupun sekadar miming sahaja, maka TIDAK SAH SOLAT awak. Kadang kita akan lebih mudah diganggu oleh syaitan jika kita baca perlahan atau miming.

Jika TERmenguap ketika membaca sesuatu surah, awak kena ulang ayat tu semula, jangan main sambung ja padahal tah papa tah yang awak baca sambil menguap tu. Tak baik tau.

Itu sahaja dulu perkongsian aku kali ni.




Monday, April 28, 2014

Giveaway Birthday by Syira Lokman

Assalamualaikum wbt.




Hai semua. Syira Lokman buat GA lagi kalini that is 'GIVEAWAY BIRTHDAY by SYIRA LOKMAN' .
GA ni berlangsung dari 28 april 2014 hingga 28 mei 2014 pukul 11.59 malam , sebulanlah kiranya. Jemput join ramai-ramai bagi memeriahkan lagi GA ni di samping mencari kenalan blogger yang baru. Tak lupa, hadiah yang di tawarkan lebih menarik tau. Check it out guys.


Ucapan hari lahir kepada Syira:
Hai Syira, you now turns to 20 yeay!  Alhamdulillah masih dipanjangkan umur menjangkau usia 20-an. Doa Dira semoga Syira sentiasa diberi keberkatan dalam segala pekerjaan yang Syira lakukan. Semoga usia lebih mematangkan Syira dalam membuat apa-apa keputusan, maklumlah dunia sekarang banyak panca roba . Jangan pernah berhenti kejar cita-cita yang Syira impikan ya. 
Harapan Dira yang terakhir, semoga sihat-sihat selalu dan teruslah berlogging.

lot of love, Dira


Semua peserta akan disenaraikan dan anda boleh gunakan list untuk blogwalking.
Bloglist x 10 (sepanjang bulan Jun dan Julai tahun 2014) - Syira
Cash RM20 x1 -Licha
Blog design yang berharga RM100 x1- Cik Kumbang
Template blog untuk Bloglist yang berharga RM35 x3 - Cik Kumbang
Novel pilihan sendiri x2 - Shadhira
Komik x1 - Bana
Face Mask x1 - Amalina
Tudung bawal x1 - Hayati
Hadiah Misteri x1 - Shaira
Hadiah Misteri x1 - Azhafizah

Topup RM10 x1 - Ssurianahyana
Topup RM5 x2 - Intan
Topup RM5 x2 - Fatin
Topup RM5 x1- Azwar
Review Blog x2 - Aliyah
Review Blog x1 - Hayati

Hadiah Misteri x2 untuk "best wishes" - Syira


Mudah kan?
jom ramai2 memeriahkan Giveaway - Birthday Syira Lokman ^_^
InsyaAllah lepas ni mungkin ramai akan follow blog anda juga :)
Bersama merapatkan ukhwah ^_^


Mula : 28 April 2014
Tamat : 28 Mei 2014 jam 11:59 malam

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)


Nak menang cash RM350 ? So jom laju-laju join GA Emas Putih ni supaya cash RM350 tidak terlepas dari tangan awak. 
Klik banner untuk join ya.




p/s: Good luck for me and all participant. Semoga ada rezeki :)

Wednesday, April 23, 2014

Perempuan : Handbag Kecik atau Handbag Besar ?

Assalamalaikum.

Mula-mula sekali aku nak tanya sapa tengok episod akhir Bukan Kerana Aku Tak Cinta semalam? Sapa tak tengok mungkin dia layan cerita cina kat tv 8. Sapa yang tengok , kita sekufu. Sedih kan wak ending dia. Tambah-tambah part Mastura baca diari Jebat tu. Ya allah aku ingat Jebat dah mati. even aku dah boleh agak dah cerita melayu ni, hero dia kot mana pun kena tembak ke tikam ke sure HIDUP. Dasyat kan. Melelah air mata ke tak tu awak jangan tanya k. Even abah aku yang stone heart *hati keras* pun dah mendung dah muka dia aku tengok. Tahan nangis lettew abah. Oh ya itu peribahasa versi aku stone heart. Pun boleh. Apa-apa pun cerita tu memang best and romantik habis. Tapi aksi romantik tu macam... hmm whatever !

Habis cerita pasal Bukan Kerana Aku Tak Cinta.
Now,

Ok girls, apa pendapat hampa pasal handbang? Awak obses dengan handbag tak? atau benda lain like heels, atau blouse or maybe makeup? Pasal benda lain aku taknak cakap melainkan handbag. Sebenarnya aku sangat sangat suka handbag. Tapi tak obses sangat, maybe. Pantang tengok handbag murah n cantik sure aku rasa nak beli dan terrbeli. Nak buat macam mana. Aku wanita normal. Kalau tak normal aku mungkin dah kumpul sampah buat koleksi.

Handbag Besar.
Cakap pasal handbag kecik atau besar, bagi aku, aku prefer handbag yang besar. Tapi tak terlalu besar kira yang sedang agak boleh sumbat barang-barang keperluan like ipad, makeup case , spare tshirt , pad , tissue , handfone err rasanya itu saja kot yang ada dalam bag aku sekarang. Ya aku memang akan spare satu tshirt dalam handbag aku. Mana lah tahu ada emergency case sos tertumpah atas baju time makan kat mekdi ka.
Bagi aku handbag besar ni mudah dan senang. Kau boleh campak ja benda apa kau nak campak dalam tu. Tapi mengaku la, a lil bit struggle bila nak cari handfone yang bunyi jenuh aku nak kocak cari fone.Tapi semua handbag aku ada poket kat tepi tu untuk letak fone so tak perlu la aku nak kocak bag tu. Part tak best guna handbag besar is, selalu jadi tumpangan barang orang. Menyampah! Mau taknya bila kita keluar shopping dengan kawan depa beli barang tu ini pastu tak cukup tangan mula mintak tumpang sumbat barang kecik-kecik dalam bag kita. Tak boleh terima betul. Tapi dah kawan kan nak buat macam mana. Aku selalu jadi mangsa dalam kes ni. Jahat korang buat aku cemtu. Haha.

 Handbag kecil.
Walaupun aku kurang gemar guna handbag yang bersaiz kecik, tapi aku tetap ada 3 handbag saiz kecik molek ni. Dua parent aku hadiahkan then lagi satu aku beli . Opss maaf TERbeli. Macam mana aku terbeli aku pun dah tak ingat. Bag tu dah lama aku beli zaman aku 'muda-muda' dulu. Masih elok lagi.
Masalah bila guna bag kecik ni, aku rasa macam sempit sangat, Nak letak barang pun tak boleh nak letak banyak-banyak cam aku selalu humban dalam bag besar aku. Lepastu selalu rasa macam tak selesa bila galas beg tu. Kejap aku letak kat lengan macam mak datin kejap aku panjangkan tali buat sling bag. Tapi tetap tak selesa. Dahtu macam mana, aku memang jenis tak reti. Lagi satu bila guna handbag kecik ni aku rasa macam kurang selamat. Risiko mudah diragut besar. Tambah-tambah kalau kau bimbit clutch atau purse saja. Lagi besar risiko untuk awak kena ragut tahu. Boleh kalau nak guna clutch tapi guna time awak nak pergi dinner atau kenduri kendara je ya.


Aku sebenarnya nak cari handbag baru. Since aku selalu usya web shopping online iaitu Nile.com aku mula rasa nak gila sebab item-item kat situ semua SANGAT MURAH MURAH MURAH . Haa puas hati aku biar aku capslock biar beliak biji mata hengkau. Mohon lah pi shopping kat sana barang depa memang cantik terutama sekali HANDBAG ! Kalau takmau usya bag , korang boleh tengok kategori lain yang ada kat situ macam baju, topi, skin care, alatan rumah dan macam-macam lagi. Tunggu gaji aku serbu Nile.com.my yeah!









Hambik aku post beberapa gambar dari Nile. Btw they sell gorgeous shoes too. Check it out.

Thanks : Menang Giveaway Amir Khalis , Miss Ika & Syira Lokman

Assalamualikum wbt.



Hai korang sihat ? 
Entry ni sekadar ucapan terima kasih kepada blogger yang ada anjurkan GA sebelum ini. 
Kiranya GA yang aku join dan aku menang. Terima kasih sebab pilih aku sebagai salah seorang pemenang.  Jarang jugaklah aku nak menang GA dari penganjur. Maklumlah aku masih baru, tak silap aku dalam banyak-banyak GA yang aku join sejak awal tahun hari tu, aku pernah menang 6 kali. Ya, itu rezeki. Terima kasih. Harapnya ada rezeki untuk contest akan datang insyaallah. 
So hadiah yang aku menang dari GA Amir Khalis ialah buku nota dari GA Miss Ika aku dapat Agnesia Hydra heal cream dan last review blog dari Syira Lokman. Contest yang simple, so hadiah pun simple but nice.



Buku nota ni CANTIK sangat. Jenis febric gitu. Aku suka betul printed bunga kecik-kecik tu. Terima kasih Sally.



Hydra heal cream from Miss Ika unlimited beauty gitu. Kekaburan gambar akibat low quality of camera 


Terakhir review blog dari Syira Lokman.






p/s: supaya aku boleh tengok balik hadiah-hadiah yang aku menang sepanjang berblogging.

Saturday, April 19, 2014

Bisnes Online Modal Rendah RM 20 !

Assalamualaikum wbt

Bismillah..

Sekarang ni banyak dah bisnes online yang ada kat internet. Bisnes yang mudah cuma tolong promote-promote ja. Bisnis jenis ni tak penat, tak payah nak cari stock barang ka apa ka. Sebab kita bukan berniaga pun. Hari tu aku ada baca satu bisnes ni, iaitu 1wh* tapi bagi aku modal dia tinggi sangat RM 55 cemtu. Bagi aku jer la, tak tahu pandangan orang lain pulak kan. Aku ni jenis nak murah je tapi berbaloi dan balik modal.

Then satu hari aku terbaca pasal bisnes online yang cuma bermodalkan RM20. Ya RM20 ja kateko. Murah kan. So aku rasa macam berminat sangat nak join. Boleh la jana side income. Lepas dah beda aku. Aku mula slow-slow dulu orang cakap rezeki ni tak kemana kan yang penting usaha usaha dan usaha. Doa jangan lupa.

Jadi, kat sini aku nak buat satu review lah kira, pasal BISNES ONLINE RM20 ni.

Jadi kepada yang berminat sila baca maklumat ini.


=>Satu Pendaftaran Aktif RM20 Masuk Ke Kocek Anda
=>Tanpa Orang Tengah. 100% Selamat.
=>Produk Pakej Video Uplr dan Pakej Ebook Perniagaan Internet Lengkap Dan Mantap
=>Terima Sms setiap kali duit masuk Akaun Bank
=>Anda jual anda kaut 100% semua hasilnya!!
=>Perlaburan Serendah RM20 Sahaja Seumur Hidup
=>Mampu Menjana Pendapatan RM100 KE RM1000 Sehari!
=>Web Promosi Percuma
=>100% Komisyen dibayar terus ke Akaun Bank anda
=>Semuanya milik anda seorang!!







Dah baca serba sedikit? Atau mungkin awak mahu info lanjut, klik sini http://bit.ly/1eLyHnr.
Jika berminat nak jon awak boleh daftar sekarang dan saya akan ajar awak bagaimana nak jana income.

Klik untuk daftar



p/s: entry kali ini lebih kepada mencari rezeki dan berkongsi dengan sahabat blogger cara nak cari rezeki. Semoga dipermudahkan Aminn.

Friday, April 18, 2014

April - May GA by Amirah





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah


Pilihan hadiah saya : 
1. Perfume original
2. Top up RM10
3. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml


Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014


Monday, April 14, 2014

Giveaway April by Syira Lokman

Assalamualaikum


HARINI LAST 



Hai bloggers, lama pulak rasa aku tak join giveaway ni. So kali ni aku nak join dan memeriahkan lagi giveaway April by Syira Lokman.
Syarat yang sangat mudah tau, dan hadiah-hadiah yang ditawarkan juga menarik. 
Kena cepat tau sebab GA ni berlangsung seminggu sahaja bermula 15 April hingga 21 April. So tunggu apa lagi jom ramai-ramai support Blogger Syira Lokman dengan klik banner kat atas ok.
Good Luck you all.




Monday, April 7, 2014

First Giveaway By Amanina Baiduri

Assalamualikum wbt


[ Click Banner Untuk Join ] [ Click the banner to join ]

First Giveaway ini dianjurkan oleh Amanina Baiduri. Ini merupakan Giveaway pertama Amanina Baiduri.
Seramai 21 peserta bertuah dicari untuk memenangi First Giveaway ini. Pemilihan pemenang berdasarkan Top Referral dan Random. Jadi jom kita memeriahkan First Giveaway By Amanina Baiduri ini!
Giveaway berlangsung dari 5 April sehingga 25 April 2014. Giveaway akan ditunda sekiranya tidak melebihi 30 peserta.


Semoga berjaya :)

Saturday, April 5, 2014

Mini GA I Love Monopod By Emas Putih

As-Salam


Hadiah :
1 x Monopod bernilai RM45
15 x Button Badge Limited Edition by Emas Putih
10 x Bookmark Limited Edition by Emas Putih

Mini GA ini Seminggu Sahaja !! Syarat simpler giler!!
Nak join sila tekan banner di atas :)



p/s :Jom support Emas Putih ramai-ramai

Friday, April 4, 2014

Perokok tandas

Assalamualaikum

Disebabkan rasa mengantuk yang tiba-tiba hilang malam ni, so aku rasa macam nak menulis something kat sini. On suis internet, on lappy and here i starts..

Ceritanya on the way nak balik rumah setelah penat lelah menghadap file yang berlambak aku usya la meter kat motor aku. Minyak dah tinggal setakah lagi dah. So kena la pi petrol station berdekatan nak kasi motor aku ni 'minum'. Dengan hujan renyai-renyai aku redah jugak tak kira. Habis ja bubuh minyak aku singgah toilet kat situ, jangan tanya la kenapa kan. Disebabkan toilet tu ada satu ja so aku pun kena tunggu turn lah sebab dalam tu ada orang.

Tunggu punya tunggu akhirnya keluar jugak. Dahhh, masa ni aku rasa menyirap sangat sebab toilet tu berkepul-kepul dengan asap dan bau rokok. What the!!! aku cukup pantang manusia merokok dalam tandas. Tempat tu kan tertutup so thats why asap tak boleh nak pi mana. Paling cannot go yang merokok tu PEREMPUAN MELAYU yang siap BERTUDUNG lagi ye puan-puan tuan-tuan sekalian. Aduh sendunya.

Maka 'hajat' aku time tu terus terbantut. Aku macam nak hempuk perempuan tu dengan pasu bunga besar sebelah pintu toilet tu. Sayangnya aku insan yang lemah. I HATE 'PEROKOK TANDAS' AND WHATEVER KIND OF PEROKOK YANG ADA.

To perokok's , mohon awak tak hisap rokok kat tempat awam macam tu. Like bus station, toilet, kedai makan dan mana-mana tempat yang ada orang kat sekitar awaklah ye. Kesianlah kat orang yang tak merokok tu, diorang akan rasa tak selesa sebab 'lemas' dengan asap rokok tu. Plus membahayakan diorang jugak.



Tambahan info

Thursday, April 3, 2014

Segmen : sihat bersama SHAKLEE (siri 2)


Assalamuaikum.

Hi korang, Blogger Mama Lynn ada buat contest 'sihat bersama SHAKLEE'
Kita support ramai-ramai jom. Hadianya ialah :


Zinc Complex untuk dimenangi :)

Penyertaan ni dibuka dari 2/4/2013 - 22/4/2014 (20hari je)
Good luck 

Saturday, March 29, 2014

Tabiat.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu aku nak kongsi kegembiraan sikit bila abang poslaju singgah depan rumah bagi parcel yang tertera tulis 'Shawl' dari HIJABZONE7 / Fb HIJABZONE7. Senarnya aku dapat shawl ni sebab aku menang segmen The Superpapaya Giveaway tempoh hari. Alhamdulillah. Kalau ada yang teringin nak cuci mata tengok shawl yang cantik-cantik sila ke web HIJABZONE7 ya. Sini aku tunjuk sikit shawl pat segi yang aku dapat. 

Cantik tau suka sangat. Thank you N-fiq :)

So now terus kepada tajuk kita iaitu Tabiat. Tahu kan tabiat ? Tak kira tabiat pelik ke baik ka kira tabiat la. Aku nak translate maksud tabiat tu rasanya tak perlu memandangkan perkataan tu semua orang tahu kan?
Aku rasa setiap orang ada tabiat dia tersendiri kan, sama ada sedar atau tak ja. Bagi aku sendiri aku sedar tabiat pelik aku. Aku ni jenis goyang kaki sebelum nak tidur/lena. Tah kenapa dia otomatik jadi sendiri , every time nak tidur letak je kepala atas bantal kaki aku dah start goyang, tangan pulak steady dok baca inbox mesej. Haa tu satu lagi tabiat, baca mesej sebelum tidur. Tapi takda la aku jahil sangat sampai tak baca doa sebelum tidur apa semua. 

Yang mama aku lagi lawak, mama jenis bila tengah cakap fon tak reti duduk diam. Means dia akan bangun dari satu tempat ke satu tempat. Kejap pi dapur susun-susun pinggan, kejap bukak peti ais pastu tutup balik , then pi ruang tamu sambil sental rak-rak yang berhabuk , umpil-umpil hujung langsir dan macam-macam benda yang tak terjangka lah. Lepas habis ja borak-borak kat fon tu baru dia sedar apa yang dia dah buat dari tadi. Ya allah lawak la mama ni. Aku perati ja mama dari jauh kadang rasa nak rakam biar dia tengok sendiri. Abah pulak jenis yang menghayati watak dalam drama kat TV. haha. Contoh k contoh, kalau kat tv pelakon tu tengah cakap 'Taknak, aku dah taknak kawan kau lagi' sambil aksi geleng kepala, tetiba abah pun turut geleng sekali. Padahal abah tak perasan aksi spontan dia tu. Lawak betul kahkahkah. Lagi satu kalau abah main game kat handfone, game Temple Run contohnya. Kan game tu ada kena lari la kona la tunduk la. Bila part tunduk je abah pun 'tunduk' sekali. Haha ya allah comel la. Aku bukan nak burukkan parent aku ka apa, tapi bagi aku benda ni cute sangat la, seronok aku gelak terkeek-kedek.

Manusia ni ada macam-macam jenis tabiat kalau korang perasan , ada yang suka makan burger tapi dia start makan roti dulu daging burger dia makan last, ada yang makan roti tapi bahagian kerak dia buang, kadang yang pregnant mengidam makan sabun pun ada tau. Jangan terkejut k yang tu biasa sebab pembawakan budak kan. Tapi kan aku ada la gugel dan terjumpa satu tabiat pelik seorang wanita warga Filipina ni. Dia suka makan daging manusia. Kira macam pembunuh lah ni. Hinggakan dia sanggup makan suami dia sendiri eww yuks! Tak caya try baca SINI

Ada banyak lagi tabiat aku nak share tapi cukup takat ni jelah. Kalau ada yang nak share tabiat korang pulak boleh la. Boleh kita gelak sama-sama hehe :)



p/s: Esok aku dah mula kerja di salah sebuah syarikat swasta kat area mergong. Semoga segalanya berjalan lancar amin ;



Friday, March 28, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)


Assalamualaikum and Happy Anniversary MR & MRS Hafiezy.

Barakallahufik, and best wishes to you both on your upcoming anniversary.
You both are such a lovely couple. May the love that you share last your lifetime through, as you make a wonderful pair. Sebagai rakan blogger Dira doakan perkahwinan dan rumah tangga MR & MRS Hafiezy sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke akhir hayat insyallah. Tak lupa, semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang comel.


Happy Wedding Anniversary sis Zara & bro Hafiezy.



LOVE
dira

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Assalamuaikum.


Ramai-ramai kita para bloggers untuk support 1st GA dari Fatimah Azzahrah ni.
Start dari 27 March hingga 20 April.
Kalau ramai yang join so, ada pelbagai hadiah lain boleh dimenangi :)

Tuesday, March 25, 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum


Clik banner to join


Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut. 
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan. 
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovarigejala atau simptomjenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang. 



p/s: Harapan semoga artikel ini menjadi pilihan blogger Buasir Otak. Kepada yang nak join cepat ya sebab 
GiveAway contest ini berjalan selama 2 minggu dan akan ditutup pada  Sabtu, 5 April 2014 jam 11.59 malam.

Sunday, March 23, 2014

About Cyst that you MUST read

Assalamualaikum

Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut. 
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan. 
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovari, gejala atau simptom, jenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang. 


Oh before that , thank you to Anem Zahar for this: 



Hehe cam comel je dapat banner kan? Apa apa pun alhamdulillah sebab aku belum ada benner sendiri di blog aku.



Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON