Sebelum tu aku nak kongsi kegembiraan sikit bila abang poslaju singgah depan rumah bagi parcel yang tertera tulis 'Shawl' dari HIJABZONE7 / Fb HIJABZONE7. Senarnya aku dapat shawl ni sebab aku menang segmen The Superpapaya Giveaway tempoh hari. Alhamdulillah. Kalau ada yang teringin nak cuci mata tengok shawl yang cantik-cantik sila ke web HIJABZONE7 ya. Sini aku tunjuk sikit shawl pat segi yang aku dapat.
Cantik tau suka sangat. Thank you N-fiq :) |
So now terus kepada tajuk kita iaitu Tabiat. Tahu kan tabiat ? Tak kira tabiat pelik ke baik ka kira tabiat la. Aku nak translate maksud tabiat tu rasanya tak perlu memandangkan perkataan tu semua orang tahu kan?
Aku rasa setiap orang ada tabiat dia tersendiri kan, sama ada sedar atau tak ja. Bagi aku sendiri aku sedar tabiat pelik aku. Aku ni jenis goyang kaki sebelum nak tidur/lena. Tah kenapa dia otomatik jadi sendiri , every time nak tidur letak je kepala atas bantal kaki aku dah start goyang, tangan pulak steady dok baca inbox mesej. Haa tu satu lagi tabiat, baca mesej sebelum tidur. Tapi takda la aku jahil sangat sampai tak baca doa sebelum tidur apa semua.
Yang mama aku lagi lawak, mama jenis bila tengah cakap fon tak reti duduk diam. Means dia akan bangun dari satu tempat ke satu tempat. Kejap pi dapur susun-susun pinggan, kejap bukak peti ais pastu tutup balik , then pi ruang tamu sambil sental rak-rak yang berhabuk , umpil-umpil hujung langsir dan macam-macam benda yang tak terjangka lah. Lepas habis ja borak-borak kat fon tu baru dia sedar apa yang dia dah buat dari tadi. Ya allah lawak la mama ni. Aku perati ja mama dari jauh kadang rasa nak rakam biar dia tengok sendiri. Abah pulak jenis yang menghayati watak dalam drama kat TV. haha. Contoh k contoh, kalau kat tv pelakon tu tengah cakap 'Taknak, aku dah taknak kawan kau lagi' sambil aksi geleng kepala, tetiba abah pun turut geleng sekali. Padahal abah tak perasan aksi spontan dia tu. Lawak betul kahkahkah. Lagi satu kalau abah main game kat handfone, game Temple Run contohnya. Kan game tu ada kena lari la kona la tunduk la. Bila part tunduk je abah pun 'tunduk' sekali. Haha ya allah comel la. Aku bukan nak burukkan parent aku ka apa, tapi bagi aku benda ni cute sangat la, seronok aku gelak terkeek-kedek.
Manusia ni ada macam-macam jenis tabiat kalau korang perasan , ada yang suka makan burger tapi dia start makan roti dulu daging burger dia makan last, ada yang makan roti tapi bahagian kerak dia buang, kadang yang pregnant mengidam makan sabun pun ada tau. Jangan terkejut k yang tu biasa sebab pembawakan budak kan. Tapi kan aku ada la gugel dan terjumpa satu tabiat pelik seorang wanita warga Filipina ni. Dia suka makan daging manusia. Kira macam pembunuh lah ni. Hinggakan dia sanggup makan suami dia sendiri eww yuks! Tak caya try baca SINI.
Ada banyak lagi tabiat aku nak share tapi cukup takat ni jelah. Kalau ada yang nak share tabiat korang pulak boleh la. Boleh kita gelak sama-sama hehe :)
p/s: Esok aku dah mula kerja di salah sebuah syarikat swasta kat area mergong. Semoga segalanya berjalan lancar amin ;
No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen sikit