Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut.
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan.
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovari, gejala atau simptom, jenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang.
Oh before that , thank you to Anem Zahar for this:
Hehe cam comel je dapat banner kan? Apa apa pun alhamdulillah sebab aku belum ada benner sendiri di blog aku.
Ramai juga yg ada cyst ni..tp xbhy sngt kan...ada kwn cik mah pun kena juga...salam perkenalan..jemput join GA cik mah ye..
ReplyDeleteYa mungkin tak bahaya, tapi kena lah jaga-jaga untuk elak dari kena :) Salam perkenalan jugak, terima kasih.
Delete