Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Monday, January 27, 2014

Oh Bahagiamu Deritaku.




Disebabkan 'abang' Hafiz menang di AJL 28 semalam, aku dengan bangganya menangis nak menyanyi kat blog aku ni. Suka sangat bila Hafiz menang. Kemenangan yang dah di jangka semua orang. Lagu-lagu Hafiz semuanya fevourite aku tau. Terutama sekali lagu Bahagiamu Deritaku. Aduduh makan dalam k. Tahniah Hafiz dan tak lupa kepada sang pencipta lagu sehebat ini LY dan Baiduri yang membuat aku menangis setiap kali dengar lagu ini. Meh kita nyanyi sama-sama.

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku terima
Semakin ku sakit, semakin kau bahagia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu


Gambar ni kita pinjam kat cik google jap ya.



Wednesday, January 22, 2014

PETRONAS Fuelled by Fans, Powered By Primax Contest

Assalamualaikum.





Hai, korang semua dah pergi isi minyak kenderaan anda sebanyak RM 30 keatas di PETRONAS ? Kalau belum lekas-lekas lah pergi isi minyak bagi full tank. Sebab kalau isi sebanyak RM 3O keatas beserta resit , uolls berpeluang memenangi wang tunai RM 100 000 ribu dengan menyertai peraduan yang dianjurkan. Insyaallah jika ada rezeki. Dannnnn, kalau korang isi minyak banyak mana pun menggunakan kad SmartPay untuk PRIMAX 97 korang berhak untuk buat 2 penyertaan. So, isikan borang penyertaan peraduan yang disediakan di stesen PETRONAS di seluruh negara ataupun korang boleh download borang peraduan tu di http://like2savefor.my/fuelledbyfans/fuelled_by_fans_contest_form.p dan drop borang tersebut pada kotak yang disediakan di stesen-stesen PETRONAS yang korang pi ok? Korang juga boleh menghantar seberapa banyak penyertaan yang anda suka. Bukan itu sahaja , korang yang bertuah juga berpeluang memandu bersama 5 orang selebriti seperti Maya Karin, Shaheizy Sam, DJ Yoon, Hong Kong film and TV actor  Him Law , and Taiwanese singer and composer Bii. 





Hurry up! Tarikh tamat peraduan ialah pada hujung bulan ni iaitu 31 Januari 2013. Sebenarnya peraduan ni dah berlangsung dari Disember tahun lepas lagi. Aku saja nak buat review. Maklumlah aku kan baru kerja di petronas.


p/s : Baca doa hembus sikit borang peraduan sebelum bubuh dalam kotak. Semoga anda kaya sekelip mata.

Sunday, January 19, 2014

Pencinta Novel/Buku Islamik

Assalamualaikum wbt.

Kepada mereka-mereka yang terlalu obses dengan novel terutama sekali novel ala- ala islamik , sini aku nak bagi tau satu bisnes online yang diusahakan oleh Ustazah Fatimah Syarha dan suaminya. Perniagaan online iaitu melalui Facebook yang bukan sahaja menjual bahan bacaan seperti novel yang ditulis sendiri oleh Ustazah Fatimah tetapi terdapat juga barangan lain seperti tudung labuh. Novel-novel yang dihasilkan sangat lah best dan semestinya pembaca yang menggemari novel yang bergenre tersebut puas hati dan mendapat pelbagai tips berguna.

Terbaru aku dapat tahu yang seorang dari friend di facebook aku dah pun beli novel terbaru yang bertajuk AKU ADA WALI. Berdasarkan feedback yang aku tengok ramai yang cakap sangat best dan bermanfaat. Kalau nak tahu Aku Ada Wali (AAW) ni turut ditayangkan secara eksklusif  di saluran TV Al-Hijrah tapi yang tak dapat Tv Al-Hijrah boleh menonton live streaming  di SINI ok! Jikalau pembaca yang ingin membeli secara terus dari company, korang boleh singgah ke facebook dan LIKE page Sebarkan Bahagia Online untuk mula urusniaga. Harga buku yang dijual sangat berpatutan dengan isi kandungannya. Harga istimewa mulai 2 Januari 2014. Iaitu RM 33.00 (termasuk sabah dan sarawak) untuk novel AAW ni. Jangan risau kalau tak berkenan, mereka ada pelbagai jenis novel yang lain selain AAW. Banyak tips berguna yang boleh diperoleh kepada :  

- REMAJA utk mencari/memilih jodoh. Menjaga ikhtilat dlm masyarakat. Berani membuat keputusan

-BAKAL SUAMI/ISTERI untuk membuat keputusan sebelum bernikah.

-
SUAMI/ISTERI untuk memelihara keharmonian rumah tangga serta cara mendidik anak-anak dgn berkesan 

- IBU BAPA utk mnjadi contoh ikutan yg baik utk anak-anak.


Taknak cakap banyak, cuba korang tengok sendiri ok!


COVER DEPAN NOVEL AKU ADA WALI


Antara barisan pelakon utama AAW.  I loike them. 

Jadi itu saja untuk hari ini. Selamat membaca dan jangan lupa menonton chuolls. Bye Bye.




Friday, January 17, 2014

Online magazine.

Assalamualaikum. 

To readers, HAI! lambai-lambai . Kali ni aku karang entry atas katil ja. Takdak bertemankan bayu disaksikan burung apa semua. Serious mata layu sebab dah penat sangat. Letih semacam harini. Kesnya kerja banyak.
Ok straight forward, berkenaan dengan tajuk diatas, aku rasa aku nak cakap sikit pasal satu majalah ni. Yes majalah online gitu. Buat yang mungkin tak tahu, meh sini kite nak share dengan awak. Aku ni buleh dikatakan seorang yang suka membaca lah jugak. Tak kisahlah apa jenis bahan bacaan pun aku sapu. Terrrrrutama sekali novel lah. Yang tu wajib siap ada tulis dalam resume aku bahagian hobi lagi. K aku kelentong saja.
Tapi majalah pun aku rajin selak jugak, cumanya jarang nak beli lah majalah ni. Kadang aku main sapu ja majalah Wanita mak aku taklupa majalah Ujang adik lelaki aku. Kiranya bagi aku hidup tak lengkap kalau aku tak membaca. Paling lekeh pun surat khabar. Haa, sapa yang hobinya membaca kita geng k. Geng seminit je la hehe.
Kadang ada hari poket kita mesti kering dek berbelanja sakan ikut keperluan kita. Lepastu bila lalu ja depan bookstore mesti rasa nak singgah and grab satu buku kan? Then tetiba rasa macam serba tak kena samada nak beli atau tak , sebab kita rasa mungkin duit yang kita akan guna untuk beli magazine tu lagi baik kalau kita makan sizzling telur mata. Cewahh, ni jenis orang yang perangai macam aku lah ni. Lepastu, kita pun tak jadi beli.
 Tapi , satu hari tu tak ingat bila aku dok main google situ google sana, aku pun terjumpaklah satu web portal ni. Iaitu Media glam which is the online magazines portal that "change your way to gain knowledge" gitu tag line dia haha. Alright dalam web Media glam ni , terdapat 2 jenis magazine yang chuolls boleh baca first is Eternity and second is Kitchen Online. Kedua-duanya best. Ada pelbagai tip yang korang boleh dapat setiap bulan kalau korang baca.
 Yang paling penting it is FREE! Ya, baca saja tak payah bayar sekupang dan tak perlu register apa pun. So now aku dok tunggu Eternity edisi Januari 2014 . Tahun lepas edisi bumper bulan november dan disember paling best blogger kegemaran ramai termasuk aku iaitu sis Irine Nadia yang cute tu jadi cover girl. Suka betul. So, jom ramai-ramai usya portal Media glam hokehhh?


Free nanti awak singgah sini okay? 

Sunday, January 12, 2014

To : Anak sulung ketiga dan kelima.

Assalamualaikum wbt.

Sambil menaip , sambil menikmati angin munsun timur di belakang rumah. Sejuk , dengan cuaca yang redup. Alhamdulillah syukur dengan kekuasaan maha Esa. karipap masih di tangan , mulut mengunyah.

Penat. Just one word yang mampu aku cakap sekarang. Lumrah orang bekerja lah kan. Tapi mujurlah kaki masih mampu melangkah, jari masih mampu menaip untuk entry kali ini. Alhamdulillah lagi sekali sebab diberi kekuatan.

Di sebabkan rasa lama sangat tak buka komputer, padahal baru 48 jam aku pun rasa macam lemau sangat dah otak ni. Facebook aku hadap and scroll down kejap kejap tekan news feed balik. Maknanya takdak benda yang menarik. Tiba ternampak lah sorang hamba allah ni, post satu benda. Aku pun bacalah sambil tersenyum simpul. Sebabnya benda tu sangat related dengan seorang Hadirah Syakirah binti Harun. Juga mungkin seorang Senah, Minah, Seman, dan Julkipli yang lain nama contoh. 

Ceritanya tentang ciri-ciri seorang yang digelar anak sulung , ketiga dan kelima. Taktau lah itu kajian siapa. Tapi semua ciri-ciri tu tepat-tepat kena pada batang hidung penyet aku. Comel ja ciri-ciri tu. Haha
Sama ada itu fakta atau sekadar kebetulan , wallahu'alam. Tapi anak sulung seperti aku, percaya itu adalah fakta. Decided to share. Mari baca. 



Kalau sama mari kita high five :)

Tuesday, January 7, 2014

Kerja

Assalamualaikum. Salam sayang.

Ceritanya harini aku dah start bekerja. As a cashier at the petrol station. Cuma untuk temporary sahaja sementara nak habiskan cuti yang berbakul ni. Alhamdulillah petrol station yang memang dekat sangat dengan rumah aku dalam setengah kilometer saja tak sempat ketiak basah dah sampai. Tu pun kalau naik kenderaan bermotor la, kalau kau naik basikal tu aku rasa kena spare perfume dalam poket lah ye. Hehe
Yang peliknya aku baru pergi interview pagi kelmarin, and bos situ cakap diorang akan call balik dalam tengah bulan nanti, tup tup petang tu aku dah dapat call untuk start kerja harini. I fell like, what? tak ready lagi lah woi. sob sob . Tapi takpa lah kira aci lah. So harini aku mula la buat praktikal dulu. Praktikal kauuuu. Cehh! Guess what, that was my first experience handle mesin cashier tu. Gelabah baq hang, tak reti langsung. Mujurlah staff lain kat situ ajarkan. Tapi yang ajar tu pun serious wa cakap lu, muka dia tak ikhlas langsung. Sedih. Jenis sombong kot minah tu agaknya. But it's ok. Aku boleh faham jugak apa yang dia ajar even dia cakap laju nak mam***. Takpa takpa, aku layankan dulu perangai sombong minah tu sebab aku dah biasa hendle dah makhluk tuhan cenggitu punya perangai, pui!
Di sebabkan aku budak baru, so aku kena datang awal dan balik lewat. Fine! boleh terima lagi. Tapi yang tak boleh terima bila aku kena berdiri. Maksud aku aku lebih banyak berdiri dari duduk. Gila kan? Sakit tumit aku woi. Kerusi di kaunter cashier tu memang disediakan, tapi agak pendek la kerusi tu. Aku ni pulak spesis yang tak berapa nak tinggi sangat. Kalau aku duduk sambil buat kerja kang customer cuma nampak kepala aku jela nanti. Serious! dahlah kaunter tu pun tinggi sepasal. Gamaknya esok kerja aku kena bawak kusyen la untuk lapik kerusi aku tu. Haish!
Overall aku suka jugak la kerja situ, pengalaman baru kan. Seronok jugak bila tiba-tiba kawasan situ blackout dua kali time tengah buat kerja tadi. Syabas abang TNB. Apa lagi, sempat la semua staff rehat and tak payah buat kerja. Tu pun kejap saja la. :)
So itu saja cerita aku untuk harini semperna first day kerja sebagai juruwang. Kepada farah, aku akan inform bos untuk bagitau yang hang nak mintak kerja kat situ jugak. Haha see yaa.
Love.

Throwback 2

Assalamuailaikum bagi salam elok-elok, tak mau versi bangla jual karpet mesir ok!


Alright seperti yang di janjikan aku cakap aku nak hupdate pulak pasal kenangan tahun lepas dengan keluarga kan? Tapi takdak laa aku dengan family pi vacay luar negara pun. Luar daerah ja haha. Kira ok lahtu, dalam negeri pun belum melawat habis lagi nak pi oversea pulak kan. Ok now lets begin tralalala.




Chelet terapung di Yan, Kedah nama tempat ni Segantang Garam. Bunyi macam lawak ja nama dia.
View kat sini memang cantik , bersih dan sangat sesuai untuk kaki pancing like my father.


This is my first time pergi sini. Aku pergi dengan family dan ada la dua tiga orang kawan abah aku. Semua kaki pancing punya. Berbaloi jugak pergi sebab abah dapan ikan. 2 ekor ja kira ok lahtu. Buat bbq dan bakar terus kat situ. Best k, terbaik.




Celebrate anniversary mama dengan abah yang sangat happening sampai customer lain kat restoran tu usya pelik ja. Tak puas hati apahal? Sedihnya, gambar ni saja yang lekat. Gambar lain hilang. What the ...? Ni semua gara-gara fone yang sewel.




Percutian kami ke Pulau Pangkor . Rotate tengkuk sendiri








Going to taman anggur lah konon-konon. Yeah a lil bit jakun sebab tak pernah tengok anggur kat pokok cemtu. Sedap sangat tapi boleh buat muka eksited jelah sebab tokey dah note 'dilarang memetik' kat belakang tu hehe. Tapi boleh beli yang dah siap packaging harga berpatutan. Ladang anggur ni terletak di Beris, Kedah.








 Bukit Bendera for the first time. kesian







Puncak Gunung Jerai pun first time jugak. lagilah kesian
Nice view kat atas tu. Sejuk gituu,


Haa itu saja lah episod throwback kali ni. Tahun ni, nak kena tunggu percutian mana pulak aku nak pergi. The end.

Friday, January 3, 2014

Throwback

Assalamualaikum wbt. Hello!

Disebabkan rasa rindu pada kenangan tahun 2013 , so aku decide nak 'buang balik' la kata orang kan, gambar-gambar yang ada dan pernah di snap serta diedit tu. Edit tu macam biasa la letak filter-filter sikit kan. Alah macam kau tak biasa haha. Kalau tengok balik gambar-gambar ni mesti aku tergelak sorang-sorang kadang tersenyum jugak. Bukan nak kata tahun-tahun sebelum ni tak seronok , tapi tahun 2013 ni lain lah sikit pada aku. Ada banyak benda yang aku tak pernah buat, dan aku telah pun buat. gittew! So cekedaut la gambar-gambar aku ni. Scroll down..




  

Ok, sebenarnya seumur hidup aku jadi pelajar sekolah aku memang tak pernah jadi pengawas dan tak pernah hingin pun nak jadi pengawas. Rasa macam eee leceh kot. Tapi bila start study form six tetiba cikgu lantik aku jadi pengawas. Kononnya aku nampak tegas lah ni. Jadi aku terima la tawaran tu demi meningkatkan markah koko aku. Oh meet ma friend Farah, Diana dan Anis :)






Ni pula gambar masa dinner dengan semua student form 6 SMKTAR. Dinner yang so so saja. Tapi seronok. Gahhh rindu uolls.


Aku ni jenis liat sikit la bab nak pergi program-program kalau sekolah anjurkan. Jahat kan aku? Tapi tah kali ni aku TERpergi jugak cewah. Program ni nama dia program srikandi kedah macam nak cari 'ustazah pilihan' gitu lah. Salah satu sebab yang aku rasa nk pi bila aku dapat tahu yang Dato Mukhriz yang akan pi rasmi. Gedik nak ambil gambar dengan dia lah konon. Alih-alih bila smpai depa hantar wakil Mukhriz ja. Cehh !
gambar cilok dari instagram





As a student mesti lah kita kena buat course work kan? Even budak sekolah rendah pun dah buat. And of course aku tak terkecuali. Study f6 memang mencabar bagi aku, banyak course work kena buat smpai naik lampu merah ting ting ting otak aku. Untuk subjek pengajian perniagaan aku choose untuk buat organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang. Alhamdulillah kerja aku mudah bila bekerjasama dengan pihak atasan organisasi ni. 




Jangan gelak kalau aku cakap yang aku tak pernah keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan sebelum ni. Sebabnya parent aku sangat tegas . Depa tak bagi anak dara depa keluar dan balik malam-malam. Kecuali waktu siang saja dibenarkan. Dan kalau nak keluar malam pun cuma dengan family saja. Haha kesian kan? Tapi aku tak pernah anggap hal ni kolot pun, sebab aku faham. Time ni aku dengan classmates aku pi berbuka puasa di restoran Old Castle. Boleh tahan banyak menu kami order macam nak melantak 3 hari haha. 

Ok next is jamuan akhir tahun dengan kawan-kawan. Jamuan ni kami semua decide nak buat di rumah Amirah kawan kami. Kes nya rumah dia besar sangat pastu luas so senang lah kami nak berjimba-jimba kat sana. Memang riuh rendah and best sangat. Gila tak best siap buat bbq lagi kot. Tapi yang paling tak tahan main menu dia adalah Soto. Oh makk pebret k pebret!. Jamuan ni kitorang buat hari jumaat kot sebabtu geng perempuan pakat pakai baju kurung. Manis gitu. Ya jangan pelik kaum lelaki kelas aku memang ciput tu ja yang ada pun haha.



Cari aku kalau pandai :D
senang ja, yang debab tu aku la.













Aku kalau nak keluar tengok wayang selalunya dengan bestie aku saja , sapa lagi kalau bukan Farah dengan si Yen Ying. Tapi this time , ramai pulak nak ikut. Takdak la berlori pun cuma tambah dua tiga orang saja. Paling best sebab kami pi tengok Hunger Games. Yuhuuuu. sapa peminat Katniss Everdeen? High five bebeh! Eh kau suka Peeta ka, alaa aku suka jugak.



Ni ja gambar yang aku ada pun. Comel tak kami. Ahh tahu :)


Haa Katniss mai dah. Watch out!


So ini dululah untuk kali ni. Aku akan sambung throwback part 2 nanti. Entry tu nanti banyak cerita pasal family pulak. xoxo

Wednesday, January 1, 2014

Oh tahun baru 2014 !

Assalamualaikum wbt.

Awak yang sedang membaca ni sihat ka? cehh ada ka yang baca. Aku alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk menjalani kehidupan yang serba mencabar ni. Kehidupan aku untuk tahun baru dua ribu pat belas ni, gittew ayat taknak kalah. Aku excited sikit sebab ni adalah first entry aku untuk tahun doribu pat belas ni yeay! dancing cha cha sikit.
Jadi apa yang nak aku story morry lorry kat sini tak ada lah hot gedebum sangat , biasa-biasa saja . yang penting aku puas. Semalam tepat ja pukul doblas aku terus kena penyakit imsomnia sebab tak boleh tidur. K, positif ya aku bukan ada penyakit tu pun choi! Cumanya cuba kau bagitau aku macam mana nak lelap kalau bunyi mercun ka bom tah apa pun aku tak tau dok memekak ja. Ada la dalam 15minit. Kira lama tau 15minit tu bagi aku. Rosak sleeping beauty aku arghhh ! Bukan itu saja, siap dengar bunyi orang nyanyi lagi kauuu. Rupanya pelingkup sleeping beauty aku tu datangnya dari sambutan malam tahun baru yang diadakan di Taman Jubli Emas, dekat dengan kawasan perumahan aku lah jugak. Ada konsert laktu. Untung lah aku tak tahu pulak yang depa buat konsert. Tapi yang aku dapat dengar dengan jelas bunyi lagu 'Di sana menanti disini menunggu' tah artis mana yang nyanyi time tu, Fuhhh aku mesti lah ikut nyanyi sekali walaupun aku dah sorok kepala bawah bantal. Lagu jiwang favorite tu beb. And tiba-tiba yang aku sedar aku terjaga pukul 7 pagi siap mama aku terjerit-jerit lagi sambil ketuk tangga suruh aku bangun. Hah tu la rutin harian mama aku di pagi hari :) 
Harini juga hari pertama adik-adik aku start sesi persekolahan.Kemain jaga ni baju baru pastu asyik pebaik  line kat lengan baju depa konon bg nmpak bekas serika tu, Mengada! Aku pulak kat rumah harini jadi mati akal tak tahu nak buat apa, slalu cuti-cuti aku mesti tengok crita kartun dengan adik-adik aku tu. Bila depa takda aku hilang mood nak tengok kang mama aku cakap aku tebiat pulak tengok kartun . Mujurlah mama wujudkan satu aktivti harini iaitu buat kuih curry puff atau most known oleh orang kita as karipap. Aku pun belajar-belajar lah buat. Seronok! Paling seronok inti dalam dia mama guna ubi kentang. Aku memang suka ubi kentang kalau ubi keledek kureng sikit sebab nanti aku asyik nak kentut ja kalau mkn ubi keledek. Serious! haha. Ni dia karipap yang aku buat dengan mama tadi.


Memang sedap, no regret. 
Karipap frozen sedia menerima tempahan.
 Untuk yang tinggal di area alor setar :)

 

Yummeh!

Haa mama aku memang ada buat kuih karipap ni untuk tempahan. Mungkin ada yang nak buat makan petang dengan family ka, untuk kenduri mahupun jamuan. Boleh buat pertanyaan jika ingin info lanjut ya. 
Ni kira industri kecil sederhana ke cena ni? haha cuba-cuba saja. Alright i think that's all for today, meet again in another entry. Oh oh before that nak cakap yang aku harini dah masuk 20 tahun walaupun dob aku belum smpai lg. Like,what?! seriously? Oh maiii. Sayang dengan umur belasan aku. Sob sob. Apa-apa pun aku berdoa semoga sentiasa diberkati tuhan, dipermudahkan urusan dan dipanjangkan umur. Semoga usia mematangkan aku. Aminnn ya rabb.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON