Disebabkan rasa rindu pada kenangan tahun 2013 , so aku decide nak 'buang balik' la kata orang kan, gambar-gambar yang ada dan pernah di snap serta diedit tu. Edit tu macam biasa la letak filter-filter sikit kan. Alah macam kau tak biasa haha. Kalau tengok balik gambar-gambar ni mesti aku tergelak sorang-sorang kadang tersenyum jugak. Bukan nak kata tahun-tahun sebelum ni tak seronok , tapi tahun 2013 ni lain lah sikit pada aku. Ada banyak benda yang aku tak pernah buat, dan aku telah pun buat. gittew! So cekedaut la gambar-gambar aku ni. Scroll down..
Ok, sebenarnya seumur hidup aku jadi pelajar sekolah aku memang tak pernah jadi pengawas dan tak pernah hingin pun nak jadi pengawas. Rasa macam eee leceh kot. Tapi bila start study form six tetiba cikgu lantik aku jadi pengawas. Kononnya aku nampak tegas lah ni. Jadi aku terima la tawaran tu demi meningkatkan markah koko aku. Oh meet ma friend Farah, Diana dan Anis :)
Ni pula gambar masa dinner dengan semua student form 6 SMKTAR. Dinner yang so so saja. Tapi seronok. Gahhh rindu uolls.
Aku ni jenis liat sikit la bab nak pergi program-program kalau sekolah anjurkan. Jahat kan aku? Tapi tah kali ni aku TERpergi jugak cewah. Program ni nama dia program srikandi kedah macam nak cari 'ustazah pilihan' gitu lah. Salah satu sebab yang aku rasa nk pi bila aku dapat tahu yang Dato Mukhriz yang akan pi rasmi. Gedik nak ambil gambar dengan dia lah konon. Alih-alih bila smpai depa hantar wakil Mukhriz ja. Cehh !
gambar cilok dari instagram
As a student mesti lah kita kena buat course work kan? Even budak sekolah rendah pun dah buat. And of course aku tak terkecuali. Study f6 memang mencabar bagi aku, banyak course work kena buat smpai naik lampu merah ting ting ting otak aku. Untuk subjek pengajian perniagaan aku choose untuk buat organisasi Lembaga Pertubuhan Peladang. Alhamdulillah kerja aku mudah bila bekerjasama dengan pihak atasan organisasi ni.
Jangan gelak kalau aku cakap yang aku tak pernah keluar berbuka puasa dengan kawan-kawan sebelum ni. Sebabnya parent aku sangat tegas . Depa tak bagi anak dara depa keluar dan balik malam-malam. Kecuali waktu siang saja dibenarkan. Dan kalau nak keluar malam pun cuma dengan family saja. Haha kesian kan? Tapi aku tak pernah anggap hal ni kolot pun, sebab aku faham. Time ni aku dengan classmates aku pi berbuka puasa di restoran Old Castle. Boleh tahan banyak menu kami order macam nak melantak 3 hari haha.
Ok next is jamuan akhir tahun dengan kawan-kawan. Jamuan ni kami semua decide nak buat di rumah Amirah kawan kami. Kes nya rumah dia besar sangat pastu luas so senang lah kami nak berjimba-jimba kat sana. Memang riuh rendah and best sangat. Gila tak best siap buat bbq lagi kot. Tapi yang paling tak tahan main menu dia adalah Soto. Oh makk pebret k pebret!. Jamuan ni kitorang buat hari jumaat kot sebabtu geng perempuan pakat pakai baju kurung. Manis gitu. Ya jangan pelik kaum lelaki kelas aku memang ciput tu ja yang ada pun haha.
Cari aku kalau pandai :D
senang ja, yang debab tu aku la.
Aku kalau nak keluar tengok wayang selalunya dengan bestie aku saja , sapa lagi kalau bukan Farah dengan si Yen Ying. Tapi this time , ramai pulak nak ikut. Takdak la berlori pun cuma tambah dua tiga orang saja. Paling best sebab kami pi tengok Hunger Games. Yuhuuuu. sapa peminat Katniss Everdeen? High five bebeh! Eh kau suka Peeta ka, alaa aku suka jugak.
Ni ja gambar yang aku ada pun. Comel tak kami. Ahh tahu :)
Haa Katniss mai dah. Watch out!
So ini dululah untuk kali ni. Aku akan sambung throwback part 2 nanti. Entry tu nanti banyak cerita pasal family pulak. xoxo
No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen sikit