Awak yang sedang membaca ni sihat ka? cehh ada ka yang baca. Aku alhamdulillah diberi kekuatan dan semangat untuk menjalani kehidupan yang serba mencabar ni. Kehidupan aku untuk tahun baru dua ribu pat belas ni, gittew ayat taknak kalah. Aku excited sikit sebab ni adalah first entry aku untuk tahun doribu pat belas ni yeay! dancing cha cha sikit.
Jadi apa yang nak aku story morry lorry kat sini tak ada lah hot gedebum sangat , biasa-biasa saja . yang penting aku puas. Semalam tepat ja pukul doblas aku terus kena penyakit imsomnia sebab tak boleh tidur. K, positif ya aku bukan ada penyakit tu pun choi! Cumanya cuba kau bagitau aku macam mana nak lelap kalau bunyi mercun ka bom tah apa pun aku tak tau dok memekak ja. Ada la dalam 15minit. Kira lama tau 15minit tu bagi aku. Rosak sleeping beauty aku arghhh ! Bukan itu saja, siap dengar bunyi orang nyanyi lagi kauuu. Rupanya pelingkup sleeping beauty aku tu datangnya dari sambutan malam tahun baru yang diadakan di Taman Jubli Emas, dekat dengan kawasan perumahan aku lah jugak. Ada konsert laktu. Untung lah aku tak tahu pulak yang depa buat konsert. Tapi yang aku dapat dengar dengan jelas bunyi lagu 'Di sana menanti disini menunggu' tah artis mana yang nyanyi time tu, Fuhhh aku mesti lah ikut nyanyi sekali walaupun aku dah sorok kepala bawah bantal. Lagu jiwang favorite tu beb. And tiba-tiba yang aku sedar aku terjaga pukul 7 pagi siap mama aku terjerit-jerit lagi sambil ketuk tangga suruh aku bangun. Hah tu la rutin harian mama aku di pagi hari :)
Harini juga hari pertama adik-adik aku start sesi persekolahan.Kemain jaga ni baju baru pastu asyik pebaik line kat lengan baju depa konon bg nmpak bekas serika tu, Mengada! Aku pulak kat rumah harini jadi mati akal tak tahu nak buat apa, slalu cuti-cuti aku mesti tengok crita kartun dengan adik-adik aku tu. Bila depa takda aku hilang mood nak tengok kang mama aku cakap aku tebiat pulak tengok kartun . Mujurlah mama wujudkan satu aktivti harini iaitu buat kuih curry puff atau most known oleh orang kita as karipap. Aku pun belajar-belajar lah buat. Seronok! Paling seronok inti dalam dia mama guna ubi kentang. Aku memang suka ubi kentang kalau ubi keledek kureng sikit sebab nanti aku asyik nak kentut ja kalau mkn ubi keledek. Serious! haha. Ni dia karipap yang aku buat dengan mama tadi.
Memang sedap, no regret.
Karipap frozen sedia menerima tempahan.
Untuk yang tinggal di area alor setar :)
Yummeh!
Haa mama aku memang ada buat kuih karipap ni untuk tempahan. Mungkin ada yang nak buat makan petang dengan family ka, untuk kenduri mahupun jamuan. Boleh buat pertanyaan jika ingin info lanjut ya.
Ni kira industri kecil sederhana ke cena ni? haha cuba-cuba saja. Alright i think that's all for today, meet again in another entry. Oh oh before that nak cakap yang aku harini dah masuk 20 tahun walaupun dob aku belum smpai lg. Like,what?! seriously? Oh maiii. Sayang dengan umur belasan aku. Sob sob. Apa-apa pun aku berdoa semoga sentiasa diberkati tuhan, dipermudahkan urusan dan dipanjangkan umur. Semoga usia mematangkan aku. Aminnn ya rabb.
No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen sikit