Assalamualaikum. Salam sayang.
Ceritanya harini aku dah start bekerja. As a cashier at the petrol station. Cuma untuk temporary sahaja sementara nak habiskan cuti yang berbakul ni. Alhamdulillah petrol station yang memang dekat sangat dengan rumah aku dalam setengah kilometer saja tak sempat ketiak basah dah sampai. Tu pun kalau naik kenderaan bermotor la, kalau kau naik basikal tu aku rasa kena spare perfume dalam poket lah ye. Hehe
Yang peliknya aku baru pergi interview pagi kelmarin, and bos situ cakap diorang akan call balik dalam tengah bulan nanti, tup tup petang tu aku dah dapat call untuk start kerja harini. I fell like, what? tak ready lagi lah woi. sob sob . Tapi takpa lah kira aci lah. So harini aku mula la buat praktikal dulu. Praktikal kauuuu. Cehh! Guess what, that was my first experience handle mesin cashier tu. Gelabah baq hang, tak reti langsung. Mujurlah staff lain kat situ ajarkan. Tapi yang ajar tu pun serious wa cakap lu, muka dia tak ikhlas langsung. Sedih. Jenis sombong kot minah tu agaknya. But it's ok. Aku boleh faham jugak apa yang dia ajar even dia cakap laju nak mam***. Takpa takpa, aku layankan dulu perangai sombong minah tu sebab aku dah biasa hendle dah makhluk tuhan cenggitu punya perangai, pui!
Di sebabkan aku budak baru, so aku kena datang awal dan balik lewat. Fine! boleh terima lagi. Tapi yang tak boleh terima bila aku kena berdiri. Maksud aku aku lebih banyak berdiri dari duduk. Gila kan? Sakit tumit aku woi. Kerusi di kaunter cashier tu memang disediakan, tapi agak pendek la kerusi tu. Aku ni pulak spesis yang tak berapa nak tinggi sangat. Kalau aku duduk sambil buat kerja kang customer cuma nampak kepala aku jela nanti. Serious! dahlah kaunter tu pun tinggi sepasal. Gamaknya esok kerja aku kena bawak kusyen la untuk lapik kerusi aku tu. Haish!
Overall aku suka jugak la kerja situ, pengalaman baru kan. Seronok jugak bila tiba-tiba kawasan situ blackout dua kali time tengah buat kerja tadi. Syabas abang TNB. Apa lagi, sempat la semua staff rehat and tak payah buat kerja. Tu pun kejap saja la. :)
So itu saja cerita aku untuk harini semperna first day kerja sebagai juruwang. Kepada farah, aku akan inform bos untuk bagitau yang hang nak mintak kerja kat situ jugak. Haha see yaa.
Love.
No comments:
Post a Comment
Kalau rajin komen sikit