Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Thursday, May 29, 2014

Review : Nikko Placenta White

Assalamualaikum.

Pernah dengar tentang Nikko Placenta White, iaitu produk hebat yang mampu memulihkan kulit anda yang bermasalah terutama bagi mereka yang ingin mendapatkan kulit yang cerah, glowing dan flawless. Hebatnya mengenai produk ini, ia baru dilancarkan pada awal bulan April 2014 tapi sudah mempunyai pengikut dan testimoni yang tidak kurang hebatnya. Dan aku juga merupakan salah sorang customer yang consume Nikko Placenta White ni. YEAY!


 Kelebihan Nikko Placenta White 

✔ Memutihkan muka & seluruh badan

✔ Tegang serta gebukan kulit wajah

✔ Mengecilkan ruang pori

✔ Mencegah serta menghilangkan jerawat

✔ Membaiki strukur kulit ( hilang parut )

✔ Menambah tenaga ( mudah bangun pagi )

✔ Melambatkan proses penuaan dan proses monopaus

Jangan ragu-ragu sebab produk ini dikilangkan di kilang bertaraf GMP dan juga bertaraf halal. Maka automatik apa-apa  produk yang dikeluarkan oleh kilang tersebut adalah HALAL. Sebagai contoh kedai makanan,  hanya kedai sahaja dapat halal, semua makanan yang dihasilkan turut dicop sebagai halal. Ini  kerana setiap proses pensijilan halal sangat memakan masa paling kurang 2 tahun.

Telahpun LULUS ujian makmal dan menunggu certificate sahaja dari KKM yang mana ia mengambil masa 5 hingga 6 bulan.

Produk ni berasaskan glutathione, collagen, mixberries, vitamin c dan juga extract protein salmon placenta. Glutathione dan collagen berfungsi sebagai memutih dan menggebukan kulit. Vitamin C pula sebagai anti acne dan membaiki kulit berparut. Protein salmon placenta pula merupakan protien dalam ikan salmon yang bertindak sebagai anti aging dan melambatkan monopaus.

Harga dia? Sangat berpatutan dan mampu milik. Sekarang ni aku masih dalam proses nak tunggu positive outcomes. Insyaallah sambil makan tu sambil la berdoa dan niat. Nanti bila kulit aku dah 'cantik' aku akan update testimoni aku kat sini.  

Wednesday, May 28, 2014

Rabu Berkata : K F C

Assalamualaikum.

Hai semua. Aku merupakan salah seorang penggemar KFC. Dalam sebulan mesti ada 2-3 kali aku makan KFC ni. Kira dah boleh hafal la apa menu terbaru atau promotion yang diorang buat.

Korang ada tengok iklan kat tv pasal KFC Value Treat tu? Alaa yang ada harga serendah RM 3 dan keatas tu. Haa, Promosi tu sangat lah bagus dan berbaloi. Sebabnya sekarang ni musim poket aku tak berapa nak tebal. Gaji belum masuk lah kiranya. Tapi napsu nak telan kepci tetap ada, taknak kalah! nyampah!

Disebabkan ada KFC value treat ni aku bahagia la sebab boleh jugak makan ayam kepci walaupun dalam poket aku waktu tu cuma ada RM10.  Tak kisah dah, sapa suruh buat promotion sampai murah gitu. mehihi! Tengok ni tengok..


See, tak lebih RM10 pun kan? Semua ni aku dah try dah. Black paper mushroom tu not bad la sedap jugak. Tapi bila aku bagi officemate aku rasa boleh pulak dia kata nak muntah. Dia tak makan cendawan agaknya. Oh! potato hash round tu memang hambar!

Okay, yang kat atas ni DONE! Misi seterusnya adalahhhhh

-
-
-
-
-
-
-
-
-





Ini sexy, belum try lagi. Ni pun bawah RM10 jugak. Tunggu ya Zinger Remix, gonna eat eat eat you.

Ada hikmah di sebalik kejadian Cadburry

Assalamualaikum gais!

Seriously i can't stop laughing when i found this. HAHAHA!

Kini boleh mencarut secara halus dan lembut.
Contoh :
  •  "perangai mcm babi" --> perangai mcm cadburry
  •  ''babila, main tipu --> cadburryla, main tipu
  •  "muka mcm babi ada hati nak ngorat aku" --> muka mcm cadburry, ada hati nak ngorat aku".
  • "siotla" dia ni memang babi" --> siotla, dia ni memang cadburry.



Mari kita pakat-pakat kongsi perkataan halus untuk mencarut. Budi bahasa budaya kita. Itu belum masuk isu panda lagi tu. Lagi banyak yang protes secara halus dan terang-terangan. Oh perdana menteri ku! 

Tuesday, May 27, 2014

CPUV buat pertama kalinya dari Nuffnang!

Assalamualaikum.

Aku rasa macam dah lama tak singgah blog aku ni. Update entry baru pun tidak. Huh! Baru akau paham perasaan sesetengah blogger yang makin lama makin dibiarkan blog dia tidak diupdate. Malas lah busy kerja lah study lah anak tarik kain masa nak main komputer la and so on. Tapi case aku ni jenis case yang tak ada ubat yakni MALAS.

Sini nak kongsi sikit la, yang aku baru dapat CPUV for the first time dari abang handsome Nuffnang, Handsome kah beliau? Whatever. Bersyukur ayat cliche sebab dapat CPUV ni walaupun blog aku ni tak seberapa. Sumpah gua cakap blog gua memang tak dak apa yang best pun. Bersyukur jugak ayat cliche lagi sebab aku berblogging tak sampai setahun pun tapi aku dah dapat CPUV dah. Ada orang dia mula berblog since 2012 lagi sampai sekarang belum dapat. Kira aku bertuah la jugak ye.


Perasaan envy sambil kecikkan mata sebab tak puas hati tu tetap ada. Mana tidaknya blogger lain berbakul-bakul dia punya CPUV ni aku pulak baru satu jek! But it's ok, anyway thank you Nuffnang!!! 


Dah! itu je pi sambung tidur.

Friday, May 16, 2014

Mini GA Cash RM50 by Emas Putih #part3

As-Salam

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash Rm50 by Emas Putih #part3 ini dianjurkan oleh Emas Putih 

GA dari Emas Putih lagi. Kali ni Mini Cash GA RM50 part#3 pulak.
Hurry up GA ni berlangsung selama 1 minggu sahaja tau. 16 Mei Hingga 23 Mei
Feel free to join ya,
Good luck!

Sunday, May 11, 2014

Itulah MAMA

Assalamualaikum wbt.

SELAMAT HARI IBU kepada semua ibu di dunia. Terutama sekali kepada ibuku sendiri . Mama i love youuuuuuuu! mohon mama buka blog ni dan tengok jeritan anak dia kat sini.

Sedikit cerita tentang seorang mama.

Mama masih muda, masih bertenaga, masih kuat dan tabah sepanjang hidup dia. Dia jenis yang ceria, suka gelak ketawa, suka buat orang gelak, dan suka tengok tanyalah ustaz tiap pagi. Hari-hari aku, tak pernah lekang dengan pesanan dari mama. Tiap masa mama pesan 'along, jangan buat itu... jangan buat ini.. buat macam ni... macam tuu... jangan lupa....'. bla bla bla. Aku sampai nak mengantuk dah dengar pesanan tu. Aku dengar, aku ingat. Tapi ingat time tu saja. Lepas tu zupp hilang. Tapi aku tak risau sebab mama pasti akan  berpesan lagi. PASTI. Nasihat mama semua power-power. Semua berguna. Atas diri aku sama ada nak guna atau tak.

Bangga aku ada seorang mama yang sangat penyabar. Tahap kesabaran dia ya allah memang aku respect. Aku sendiri tak boleh nak sabar macam dia. Kerenah anak, kerenah suami, kerenah jiran sebelah, kerenah tukang kutip sampah kat luar rumah. But she's ok with it. Ayat dia,'Tak apa lah nak buat macam mana... , Biar lah dia itu antara dia dengan tuhan....' .Bila mama drive tetiba kereta depan kona tak bagi signal sampai mama break mengejut, mama masih tenang. Aku pulak dah mula turunkan tingkap nak sergah org yang bawak kereta tu takpun tangan aku laju ja tekan hon pat lima nam kali. Tapi mama kata ' haih tak payah buat macam tu dia terlupa lahtu nak bagi signal.... jgn hon, kesian kat orang...' .Aduh! mama why mama why? Aku kadang tention pulak situasi macam ni. Tapi bila fikir-fikir balik betul apa mama cakap. BETUL SANGAT. Tolong sabar.

Doa, solat, mengaji, zikir tak putus-putus mama buat. Tak pernah missed. Itu rutin harian dia. Habis lipat baju lepas tengok tanyalah ustaz, mama terus buat solat dhuha. Berdoa dimurahkan rezeki buat kami sekeluarga. Lepas maghrib mama baca quran. Lepas isyak zikir. 2 hari seminggu mama pi kelas fardhu ain. Tak semua ibu macam mama. Ibu org lain kerja, balik hidang lauk yang beli kat kedai. Penat kerja terus tidur. Tapi mama bukan macam tu. BUKAN. Hari-hari masak walaupun dia kata pening nak fikir nak masuk apa. Untung mama ada suami yang tak kisah , tak cerewet bab makan. Itu abah , tak ada ubi, kayu pun boleh. hehe

Aku jenis yang sensitif. Softhearted la orang kata. Hati mudah tersentuh , mudah sangat! Mewarisi mama perangai ni. Mama walaupun dia sabar, pernah dalam diam dia menagis sendiri. Dia cuba nak sembunyi tapi dia tak pandai sembunyi. Dia menagis sebab ada benda yang buat dia terguris hati. Luluh dia. Aku sedih tengok mama sedih. Even pernah air mata mama keluar sebab aku. Mama merajuk lepastu bermasam muka. Tapi tak lama, lepas dua hari mama akan okay dan mama dulu akan tegur org yang buat dia terasa hati walaupun orang tu belum datang minta maaf kat dia. Ya allah!

Aku beruntung ada seorang ibu sebaik mama.
Aku bersyukur masih memiliki seorang ibu yang aku panggil mama.
Aku tak penah lupa untuk cium dan salam mama tiap hari.
Mama pulak tak pernah lupa baca doa dan tiupkan ubun-ubun kami sebelum keluar ke sekolah dan pi kerja.
Doa mama semoga kami selamat, semoga dipermudahkan urusan harian kami.

Insyallah berkat doa mama, kami sentiasa dilindungi, Amin.

Selamat Hari Ibu buat mama tercinta.



Saturday, May 10, 2014

MINI GIVEAWAY KCOLLY BY SYIERA FIRDAUS




Assalamualaikum

Tekan banner untuk join


PEMBAHAGIAN HADIAH
TOP REFERRAL
Kcolly x 1 pemenang
RANDOM
Perla Coffee x 1 pemenang
TAMAT BILA-BILA MASA
Good luck!




p/s: Since k colly tengah meletop sekarang ni dengan banyak testimoni yang amat memberansangkan apa kata kita try join contest ni. Mana tahu jika ada rezeki kita untuk menang, so kita boleh cuba amalkan supplement k-colly ni . Aku sendiri pun teringin nak cuba :)


Sunday, May 4, 2014

Bad Day ! Kenapakah?

Assalamualaikum wbt.

Totally out of mood kebelakangan ni. Tak faham kenapa. Biasalah, kita manusia biasa ada hari kita gembira ada hari kita berduka. Berduka hengkau! Hari kita kat atas kita dah syok tak ingat dunia, bila kita jatuh bawah baru terkial-kial , baru nak menyesal baru nak luahkan perasaan . Macam aku!

Start hari khamis lepas sampai harini aku tengok banyak masalah yang timpa aku. Tak berat pun masalah tu cuma otak aku yang berat, serabut. Tuhan nak uji, kita jangan keji. Tuhan kata ada hikmah, kita jangan lemah. Be strong Hadirah .

Taknak cerita masalah hari khamis tapi hari sabtu dengan harini hari ahad. Sesungguhnya aku sangatlah careless. Sampai aku naik moto langgar orang. Langgar sorang pakcik Melelong orang tua tu. Mujur tak jatuh. Alhamdulillah aku masih boleh control moto aku time tu even sipi-sipi lagi nak terbalik. Dok terkodek-kodek dah. MALU ? Tak payah cakap. Aku dah hilang malu time tu .Aku pikir satu ja time tu 'ya allah selamatkan aku ya allah ! ' . Alhamdulillah sekali lagi sebab pakcik tu tak marah aku ke apa dia pun tak suruh berenti tepi then dia just blah cemtu ja. Mujurlah! Tapi... aku tak sempat mintak maaf kat dia. Sian dia. Agaknya dia kenal tak minah berbaju kurung merah berskuter merah berhelmet hitam ini?

Harini pulak , mungkin balasan kepada aku sebab langgar orang yang tak bersalah . Encik skuter aku mampos enjin tengah jalan. Ya allah gelabah beruk aku time tu. Kenapa mampos tengah jalan kenapa! Padahal 2 minggu lepas dah pi servis kot. Sedih tau tak. Tak berjasa betul skuter ni. Geram sangat, aku terajang beliau 3 kali. Hambik, kaki aku yang sakit. Nasib abah cuti harini then mintak tolong abah la. Harapkan aku nak tolak gi workshop memang tak la.

Moral of the story , bacalah doa naik kenderaan sebelum nak bawak moto. Jangan mengelamun pastu nak berangan kau naik kawasaki dengan mamat kacak. To mangsa langgar aku, aka pakcik moto kriss ampun maaf dipinta. To abah, i love you and thank you sebab selalu ada time along susah.

Thats all. Bye !




Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON