Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Sunday, May 4, 2014

Bad Day ! Kenapakah?

Assalamualaikum wbt.

Totally out of mood kebelakangan ni. Tak faham kenapa. Biasalah, kita manusia biasa ada hari kita gembira ada hari kita berduka. Berduka hengkau! Hari kita kat atas kita dah syok tak ingat dunia, bila kita jatuh bawah baru terkial-kial , baru nak menyesal baru nak luahkan perasaan . Macam aku!

Start hari khamis lepas sampai harini aku tengok banyak masalah yang timpa aku. Tak berat pun masalah tu cuma otak aku yang berat, serabut. Tuhan nak uji, kita jangan keji. Tuhan kata ada hikmah, kita jangan lemah. Be strong Hadirah .

Taknak cerita masalah hari khamis tapi hari sabtu dengan harini hari ahad. Sesungguhnya aku sangatlah careless. Sampai aku naik moto langgar orang. Langgar sorang pakcik Melelong orang tua tu. Mujur tak jatuh. Alhamdulillah aku masih boleh control moto aku time tu even sipi-sipi lagi nak terbalik. Dok terkodek-kodek dah. MALU ? Tak payah cakap. Aku dah hilang malu time tu .Aku pikir satu ja time tu 'ya allah selamatkan aku ya allah ! ' . Alhamdulillah sekali lagi sebab pakcik tu tak marah aku ke apa dia pun tak suruh berenti tepi then dia just blah cemtu ja. Mujurlah! Tapi... aku tak sempat mintak maaf kat dia. Sian dia. Agaknya dia kenal tak minah berbaju kurung merah berskuter merah berhelmet hitam ini?

Harini pulak , mungkin balasan kepada aku sebab langgar orang yang tak bersalah . Encik skuter aku mampos enjin tengah jalan. Ya allah gelabah beruk aku time tu. Kenapa mampos tengah jalan kenapa! Padahal 2 minggu lepas dah pi servis kot. Sedih tau tak. Tak berjasa betul skuter ni. Geram sangat, aku terajang beliau 3 kali. Hambik, kaki aku yang sakit. Nasib abah cuti harini then mintak tolong abah la. Harapkan aku nak tolak gi workshop memang tak la.

Moral of the story , bacalah doa naik kenderaan sebelum nak bawak moto. Jangan mengelamun pastu nak berangan kau naik kawasaki dengan mamat kacak. To mangsa langgar aku, aka pakcik moto kriss ampun maaf dipinta. To abah, i love you and thank you sebab selalu ada time along susah.

Thats all. Bye !




3 comments:

  1. kesiannye sis!
    tabah ye! insyallah lepasni dah tak jadi kalau sis hati hati ye..
    take care sis!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ok intan. Terima kasih atas nasihat. Yes i will :D

      Delete
  2. salam ukhuwah dari saya. anda kaya dan berjaya. insyaallah :)

    ReplyDelete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON