Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Friday, February 28, 2014

#1 Topup Giveaway Contest

               
Hey !


  

Meh sini ramai-ramai kita rajinkan jari klik banner kat atas untuk join GA yang dianjurkan oleh AdDeen Closets. GA toupup yang awesome ok! Try lah dulu mana tahu ada rezeki kita kan, tak rugi pun . GA ni tamat 2 Mac 2014 pukul 2 petang dan pemenang juga akan diumumkan pada tarikh yang sama pada pukul 8 malam ok. Save the date. 

Usya hadiah yang bakal dimenangi : 

  • Top Referral - Topup bernilai RM 15
  • Saguhati - Topup bernilai RM 5 x 3 pemenang 



Jadi dah baca kan, tunggu apa lagi join lah laju-laju, kita gempakkan lagi GA ni :)

Rezeki ! 1st Time Menang GA

Assalamualaikum wbt




Syukur alhamdulillah walaupun sekadar cuba+ test + try typically malaysian sangat segmen-segmen yang dianjurkan blogger-blogger hebat , tak sangka yang aku dapat jugak menang satu segmen iaitu 'Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb'. Kira first time lahni, maklumlah aku pun baru-baru lagi. Ramai jugak yang join segmen yang dianjurkan oleh blogger Nabila Biela ni dan seronok bila aku tengok entry blog aku pun tersenarai sebagai pemenang.random 3. Alhamdulillah lagi sekali. Terima kasih banyak.







p/s : Lepasni nak memang lagi boleh tak? ehh?

Monday, February 24, 2014

Mini Giveaway by AnemZahar


Assalamualikum and Hi!


Sini ada satu segmen mini GA by Anem Zahar. GA yang best sebab ada hadiah yang menarik. Meh sini kita klik banner ramai-ramai untuk join ok.  Bismillah..



Klik banner untuk join.

Senarai hadiah :

Topup RM5 x 2 by AinRuslee, Topup RM5 x 1 by Ayra Iyha, Topup RM5 x 1 by Miss Fairytale, Topup RM5 x 2 by Insyirah Aisyah, Tshirt R4BIA x 1 by Homemade Tshirt Printing, EXO Felt Keychain x 2 by Eymasu and World Craft, Voucher diskaun 10% kepada semua peserta by Aqma's Craft, Voucher diskaun kepada semua peserta by Azyan Ramle, Smurf Shoes Hp Plug x 1 by Azyan Ramle, Ring x 1 by Random Rainbow, Shiseido Mask x 1 by Lilly Lolly, Banner x 3 by Aina Diana's Blog, Review blog x 5 by BlogForGiveaways, Personalized Towel x 2 by MamAlya Boutique, Header x 3 by Nurina Izzati, Perfume DKNY miniature x1 by Venessa Jane, Cursor x 4 by Miss Fairytale,
Custom Button Badge x 10 by Button Badge Bajet

Mini Giveaway by AnemZahar ditaja oleh Ain RusleeAyra Iyha, Miss FairytaleHomemade Tshirt PrintingInsyirah Aisyah, Eymasu and World CraftAqma's CraftAzyan RamleRandom Rainbow, Lilly Lolly, Aina Diana's Blog, BlogForGiveaways, MamAlya Boutique, Nurina Izzati,Button Badge Bajet dan Venessa Jane.





p/s : Tak mintak banyak, nak menang je.




Segmen Saya Nak Tudung Syria Superb


!Assalamualaikum!


(klik banner untuk join ya)
Hurry up guys harini hari terakhir giveaway by cik Nabila kita. Ada rezeki boleh menang. Cepat klik banner laju-laju untuk join ok! Hadiah best tau paling best ada wide shawl. Sukaaa sangat. Harap boleh menang insyaallah :)

Gambar tudung Adeela yang saya share di SINI

Wednesday, February 19, 2014

Kecantikan Asli Wanita

Assalamualaikum wbt..

 Cliche sangat tajuk kan? Macam iklan produk ala-ala Kak Ton dah. Upss Kak Ton pulak jadi mangsa. Maaf ya. Okay nowadays memang banyak produk / supplement kecantikan yang dijual. Dalam mengamalkan supplement tu apa kata petua dari Quran ini kita amalkan jugak. Belum cuba belum tau. Insyaallah kalau selalu amalkan. Aku pun baru nak berjinak-jinak. Nanti kita sama-sama cantik ya.





Oh ya, yang bukan berstatus isteri jangan kecewa, kita pun boleh amalkan jugak ya hihi.

Sunday, February 16, 2014

Share sikit pasal Bakso

Assalamualaikum.


Nak soseh-soseh sikit pasal sejenis makanan ni, iaitu Bakso. Mostly tahukan makanan ni? Bakso sangat popular di indonesia dan memang menjadi makanan wajib bagi mereka. Aku mula-mula dulu tak tahu langsung apa itu Bakso. Bila aku tau yang makanan ni orang panggil bakso aku jadi pelik. Cuba pikir why not depa panggil mi sup je, dok bakso bakso apa cerita? Menyampah aku dengar bunyi. Nasib makan tak menyampah sebab sedap. Now aku sendiri dah jadi penggemar Bakso. Specialnya kat mi sup ni sebab ada meatball jela. Meatball yang super sedap hokayy. Kalau kat area Alor Setar ni aku memang selalu pi makan Bakso di  Kampung Berjaya kat Jalan Putra. Owner dia melayu dan indonesia iaitu tukang masak dia indon dan husband dia melayu. Tak tahu apa hebat sangat resepi dia sampai aku dengan Farah jadi ketagih. Dalam sebulan tu mesti sekali atau dua kali pi makan. 

Tapi... Baru-baru ni ada orang cakap yang satu kedai Bakso kat Johor yang 'kantoi' sebab pakai pelaris yang 'tak elok' nak lariskan jualan Bakso dia. Owner dia pun orang indon jugak. Katanya dia letakkan pakaian dalam wanita yang dah pakai like bra , panty and the most worst is pad. Ya Allahuakbar! Teruknya weh. Nak muntah aku dengar. Kenapa buat macam tu? Tak dak agama agaknya. Kalau nak lariskan makanan pun kau guna la ayat-ayat Al-Quran makcik hindon hoiii. Patutlah kedai dia berduyun-duyun customer, 'manis' agaknya. Yurkss! 

Mula lah aku rasa tawar nak makan Bakso lepasni. Sedih betul, dah la Bakso yang aku dok makan tu sedap. Agaknya makcik niaga Bakso kat Alor Setar ni buat pelaris macam tu tak ha? OMG! Nauzubillah..



Bakso special yang aku order haritu. Gotta miss you sexy :(






p/s : Kepada para peniaga makanan, hindari lah dari dok buat pelaris tak senonoh macamtu. Tak baik aniaya orang, carilah rezeki dengan cara yang baik dan halal. 

Sunday, February 9, 2014

Hero Robotik

Assalamualaikum.

Peminat robot ada ka kat sini? Ke aku sorang saja? Tak apa lah biar aku celoteh sorang-sorang. Aku cukup suka dengan benda besi bergerak ni atau lebih sedap dipanggil robot. Sebabnya robot ni memudahkan kita. Dalam kehidupan harian kita pun kita ada pakai robot jugak atau mesin la lebih kurang. Contohnya, mesin basuh, car wash , mixer and etc. Kalau tak ada benda- benda alah tu terutama sekali mesin basuh , ada kau nak rajin sangat tonyoh baju dengan tangan sambil cangkung dalam toilet lelama? Memang tak lah kan. Bebulu la jari jemari uolss. 
Jadi sini kita cakap sikit pasal robot atau lebih sesuai dengan tajuk entry aku iaitu Hero Robotik. Sejak perfileman diperkenalkan sebagai hiburan berbentuk moden, watak hero ialah watak paling popular. Ramai karyawan berlumba-lumba nak buat filem aksi  bermula dengan hero biasa lepastu muncul istilah superhero seterusnya hero mesin atau penulis istilah sebagai hero robotik atau cyborg. Aku suka hero robotik ni sebab hero ni didatangkan dengan kostum berteknologi tinggi siap ada peralatan dan jentera yang canggih manggih. Tengok gambar contoh dibawah WOW!



Hero robotik fav aku ialah RoboCop. Tapi Terminator , Iron Man dan Transformer pun aku minat jugak. Ok, filem RoboCop ni dibuat semula daripada versi asal dia pada tahun 1987. Gila lama kan? RoboCop 2 pula tahun 1990, RoboCop 3 1993 dan kini RoboCop 2014 yang terbaru yang aku baru pi tengok. Director cerita ni nama Jose Padilha goole je nama director dia. Bagus sentuhan dia awalnya Alex Murphy iaitu pelakon yang memegang watak RoboCop ni pakai contume hitam tapi selepas 'dibaik pulih' dia change colour silver. Kacak betul Alex Murphy atau real name dia Joel Kinnaman ni. Sebab apa aku cakap dibaik pulih, haa kena pi tengok sendiri. Aku rasa RoboCop ni patut ada dalam dunia sebenar kita ni. Kalaulah ada, mesti negara kita mencapai tahap zero crime kan? Tak ada lagi orang jahat, semua kena tembak dengan encik RoboCop kita. Betul tak? 


Jeling sikit Alex Murphy. 

Korang dah pi tengok ka belum cerita ni ? Kalau belum pergi la tengok, rugi kalau tak tengok sebab best sangat. Aku bagi double thumb lah kat cerita ni. Aku pergi tengok dengan Farah dan Diana. Nasib lah Diana beli tiket awal-awal kalau tidak jenuh berebut la nak beli tiket sebab hari yang kitorang pi tengok tu, manusia punya lah ramai kat shopping mall . Saja kitorang nak release tensyen hangout sambil tengok wayang sebab dah lama tak jumpa. Rindu. 



           


               
Tengok aku , mana reti kalau senyum tak tunjuk gigi. Pelik betul. 


Friday, February 7, 2014

Bakat Terpendam Tapi tak Menjadi

Assalamualaikum.

Harini saja aku dah buat dua entry. Nampak macam takdak kerja lain kan? Sukahati kite la hihi . Bukan apa , dah ada masa terluang jadi better aku exercise jari-jemari aku ini sebab lenguh semacam je taktau kenapa. Harini best tak payah masak tengah hari sebab jiran sebelah buat kenduri kesyukuran. Jadi boleh hangkut bila-bila masa ja makanan tu kalau aku nak. Maklum lah kami kamceng sejak aku join persatuan makcik-makcik cicah garam belacan belakang rumah ni. Jadi disebabkan aku bosan, aku decide nak buat Pavlova. 




 Lapuk dah makanan ni aku rasa. Kawan-kawan aku semua pakat try buat dah yang aku pulak baru terhegeh nak buat. Padahal dah gugel resepi dah bertaun dah, cuma perasaan nak buat tu baru muncul hari ni, eh tiba-tiba! Tapi agak sedih sikit la sebab tak berapa nak menjadi. meringue tu  terbantat sikit and whipping cream aku pulak lambat keluarkan dari peti ais. Ahh damn! Tapi tak apa lah aku buat jugak dengan penuh kasih sayang dan dibantu adik aku. Resepi untuk buat pavlova ni aku tiru sebijik macam kak Fatin Liana. Simple. 
  
Ini buah-buahan yang aku guna sebagai topping. Limau mandarin pun aku bubuh tapi tak sempat nak snap.

         



Mula-mula aku pukul 4 biji telur putih , guna mixer dan putar laju-laju. Then masukkan sedikit demi sedikit gula custor dalam 170 gm. Lepastu tepung jagung dan cuka. 1 sudu teh saja. Bila dah likat dan kalau kita tunggang atas kepala pun dia tak jatuh , so tempek la meringue tu atas baking paper. Aku guna kertas minyak biasa ja kerenyuk bukan main. Selalunya pavlova ni orang buat bentuk bulat kan, tapi aku buat segi empat sama gitu. Lain sikit yedok? Selesai tempek, masukkan je terus kat oven dengan suhu about 170 celcius dalam masa 40 minit.


Siap di deko. Yang bintik-bintik kaler oren tu sebenarnya limau sunquick tau. Aku parut kulit luar dia and tabur kat atas.


Aku lebih suka makan sejuk-sejuk so, aku masukkan dalam peti ais, bila petang baru makan dengan family. Fuh best betul adik-adik pulak suruh aku buat lagi esok. Hah takdak maknanya tunggu mood rajin aku datang baru aku buat. Jadi itulah bakat terpendam aku yang tak menjadi. Pavlova bantut. But its ok janji marvelous ihik.




p/s : Antara sebab aku buat pavlova ialah harini ulang tahun 'kami' . Siapa tu 'kami' ? Rahsia. Tak lupa belated birthday adik lelaki aku Hariz. 

Giveaway Birthday Azhafizah


Assalamualaikum wbt.




Tergesa-gesa cik Hadirah buat entry ni cuma sebab nak join GA yang dianjurkan seorang blogger murah hati. Kenapa aku cakap murah hati sebabnya , kalau uolls join GA ni samada menang atau tidak uoll tetap akan dapat hadiah. Alaa suka betul Hadirah. Moh la ramai ramai  kita join sebab harini dah sampai due date dia. Omg harap masih sempat lah ye. Nak jugak kalender cantik yang Sis Azhafizah buat tu. hihi. By the way Hadirah nak ucapkan Happy Birthday kat sis Azhafizah yaa semoga dimurah dan dilipatgandakan rezeki. Amin. 


p/s : sanggup ni tengah - tengah malam menaip untuk GA ni. 

Wednesday, February 5, 2014

Tersasar.

Assalamualaikum.
Hai *wave*



Apa cerita dengan seorang Hadirah. Tiba-tiba dengan entry 'tersasar' bagai. Maaf kalau terover. Bukan apa cuma aku geram dengan diri aku sendiri. Lain yang aku plan lain pulak yang jadi. Kiranya berubah fikiran tiba-tiba dek kena 'hasutan' orang. Damn! Ini paling tak best. Aku pernah note dalam wishlist aku tentang benda yang aku nak beli. Antaranya supplement untuk kulit sebab aku ada skin problem. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan consume produk Shaklee. Tapi aku TERbeli produk lain. Salah satu sebabnya aku belum join jadi member of Shaklee product. Then aku taktau nak cari sapa yang jadi ahli untuk ajar aku jadi member. Kalau tak jadi member opkos la harga barang tu mahal sikit kan. Aku tau produk shaklee ni memang superb. 

Tapi disebabkan tergesa-gesa aku pun terbeli produk lain masa aku tengah jenjalan kat Tesco. Aku singgah satu kiosk yang kaler oren. Punya la bertimbun produk dia jual sampai tuan kiosk tu pun aku tak nampak dah. Tenggelam. Sembang punya sembang dia suggest kat aku satu produk ni. Pearl White nama dia. Pernah dengar tak? ka pernah terbaca kat paper Metro ka? Ok, aku sendiri pernah terbaca kat Metro la itu pun sekali lalu ja. Harga dia murah kira affordable la bagi orang sederhana macam aku. Mula aku macam susah nak percaya la takut juga ada side effect ka, lambat berkesan ka sebab aku ni jenis gopoh. Semua nak cepat ja. Tapi bila kak tu cerita detail kat aku pasal produk ni aku pun TERmakan apa yang dia cakap. Katanya ada testimoni which is dia punya regular customer yang consume produk ni dah dapat positive outcome hanya dalam masa tiga minggu. 'Sounds great' bisik hati kecilku. Kak tu siap bagi phone number customer dia lagi untuk aku dapat kepastian. Jadi aku pun beli jugak lah. Dia ada buat promosi beli 3 botol RM100. Tapi untuk percubaan aku try 1 botol ja dulu.

Lagi satu! Harini pulak aku gatal tangan pi beli Emilay Whitening Clear Spot. Its original and very cheap you know. Tak sangka, sebab selalu aku dok tengok orang jual dalam RM40 cemtu tapi harini aku beli dengan harga RM25 SAHAJA ok SAHAJA. Excited . Kalini bukan beli kat kiosk tapi kat tempat lain pulak. Aku banyak baca review  pasal Emilay ni. Ada seorang kawan aku pun makan jugak dan lepas 2minggu jerawat pasir dia semua hilang sebab kena 'simen' dengan Emilay. Cewah bunyi macam hebat. Let see. So dengan lafaz bismillahirahmanirrahim dan selawat aku pun start minum Pearl White kelmarin. Aku akan buat selang seli, pagi minum Pearl White malam aku telan Emilay softgel yang purple-purple cute tu. Semoga berkesan. Aminn..



p/s : Musnah satu wishlist aku. Tapi tak mengapa permulaan. Sapa-sapa yang consume dua produk ni mintak komen sikit nak tahu 'pengalaman' korang ok!

2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


2ND GIVEAWAY BY NABILAMEDAN


Tekan Banner diatas untuk sertai giveaway ini. Giveaway ini mendapat tajaan daripada Hazwan Hairy, Zara Nurhaidah, Akma Khaieri, Emas Putih, Ieta Mad Sa'ad, Nur Shuhada Abdullah, Julia Jamaludin, Amirul Syahnaz dan Blog Eita. Giveaway ini dianjurkan oleh Nabila Medan.
Top Refferal bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM50. Hadiah bagi kategori cabutan bertuah ialah seperti Wang Tunai RM100, Wang Tunai RM20, Bag, Shawl Satin, Shawl Glitter, N :ovel, Havoc Tshirt, Geek Tshirt, Wolf88 Tshirt, Topup, Kasut, Rantai dan juga Subang. Sebanyak 15 orang pemenang bertuah dicari bagi memenangi hadiah-hadiah tersebut. Giveaway kali ini mencari seramai 16 orang bagi mendapatkan hadiah dalam kategori top refferal dan juga kategori cabutan bertuah.



p/s : May luck in your favor 

Tuesday, February 4, 2014

Giveaway 5K Dunia sebenar Shida

Assalammualaikum, peace upon you.
http://www.duniashida.com/2014/02/giveaway-5k-dunia-sebenar-shida.html
Dijemput semua memeriahkan lagi Giveaway 5K Dunia sebenar Shida (klik banner untuk join) dengan hadiah yang cukup banyak dan lumayan serta syarat sangat mudah. Terima kasih juga kepada para Penaja yang sudi menaja untuk giveaway kali ini dan mereka adalah :
Kategori Blogger : 
Kategori Onlineshop :

Saturday, February 1, 2014

February and Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum wbt.




Masih dalam mood Tahun Baru Cina lagi ya. Maklumlah dapat cuti umum kan. Itu pun kepada yang cuti la, tapi pada yang tak cuti macam aku ni please buat muka tak puas hati seminit ok? Semperna raya cina ni aku ucapkan gong xi fa cai lah kepada kawan-kawan Chinese aku. Banyak dapat angpau ka? Hulur kat aku sekeping dua pun aku ok dah haha. jangankan angpau, limau pun takdak wey FINE!  Tapi nasib baik encik bos yang baik hati hulur jugak limau satu bag plastik ihik. Bukan tak mampu nak beli, tapi barang free ni orang cakap lagi 'sedap' yedak? 

Harini 1 Februari bersamaan dengan 1 Rabiul Akhir, ramai jugak friend list kat facebook aku yang DOB mereka hari ini. Kesempatan itu aku nak ucapkan selamat hari lahir smoga dimurahkan rezeki lah ya. Tak kurang juga kepada mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan harini, selamat pengantin baru. Antaranya Mak Cik Ani kawan baik mama yang mengadakan majlis perkahwinan her only daughter yang cantik iaitu kak Liana with hubby Fitri. Dua-dua sama cantik sama padan. Pandai Kak Liana pilih hubby ya. Aku dengan semangat waja nak makan nasi kenduri sanggup ni ponteng kerja untuk teman mama pi kenduri. Maaf ya bos 'terpaksa'. hihi Mentang-mentang raya cina, setiap meja makan siap ada buah limau lagi tu. Mujur tak ada tarian singa. ceh!

Oh ya aku baru tahu yang harini juga merupakan Hari Hijab Sedunia. Wah baguslah macam tu kan. Kempen macam ni sangat baik di buat sebab secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat tentang indahnya berhijab sebagai seorang muslim. Tujuan kempen ini sebab nak menyatakan hak seorang wanita yang serta memberi penghormatan kepada wanita yang berhijab serta agama pegangannya iaitu ISLAM. Sounds good right? Bertuah lah kita sebagai seorang wanita. 




Jadi sebagai rakyat malaysia dan juga seorang muslim marilah kita ramai-ramai menyokong kempen ini agar secara tidak langsung kita mendapat kebaikkan dan ganjaran dari Allah swt. Okay? 


Pernah dengar pasal seorang model Playboy iaitu Felixia Yeap mula memakai tudung. Aku awalnya tak kenal pun , tapi lepas baca paper metro and sempat gugel kelmarin baru la aku dapat sikit info pasal dia. Walaupun dia belum lagi seorang muslim tetapi niat baiknya untuk berubah tu sangat lah bagus. Dia juga tak tolak kemungkinan untuk memeluk islam dan based on apa yang aku baca, dia sambut tahun baru cina dengan pakaian berimej islam, iaitu bertudung sebab dia rasa lebih selesa dan tenang. Alhamdulillah, semoga istiqamah ya. 



p/s : bagi yang tak baca paper kelmarin klik SINI 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON