Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Sunday, February 16, 2014

Share sikit pasal Bakso

Assalamualaikum.


Nak soseh-soseh sikit pasal sejenis makanan ni, iaitu Bakso. Mostly tahukan makanan ni? Bakso sangat popular di indonesia dan memang menjadi makanan wajib bagi mereka. Aku mula-mula dulu tak tahu langsung apa itu Bakso. Bila aku tau yang makanan ni orang panggil bakso aku jadi pelik. Cuba pikir why not depa panggil mi sup je, dok bakso bakso apa cerita? Menyampah aku dengar bunyi. Nasib makan tak menyampah sebab sedap. Now aku sendiri dah jadi penggemar Bakso. Specialnya kat mi sup ni sebab ada meatball jela. Meatball yang super sedap hokayy. Kalau kat area Alor Setar ni aku memang selalu pi makan Bakso di  Kampung Berjaya kat Jalan Putra. Owner dia melayu dan indonesia iaitu tukang masak dia indon dan husband dia melayu. Tak tahu apa hebat sangat resepi dia sampai aku dengan Farah jadi ketagih. Dalam sebulan tu mesti sekali atau dua kali pi makan. 

Tapi... Baru-baru ni ada orang cakap yang satu kedai Bakso kat Johor yang 'kantoi' sebab pakai pelaris yang 'tak elok' nak lariskan jualan Bakso dia. Owner dia pun orang indon jugak. Katanya dia letakkan pakaian dalam wanita yang dah pakai like bra , panty and the most worst is pad. Ya Allahuakbar! Teruknya weh. Nak muntah aku dengar. Kenapa buat macam tu? Tak dak agama agaknya. Kalau nak lariskan makanan pun kau guna la ayat-ayat Al-Quran makcik hindon hoiii. Patutlah kedai dia berduyun-duyun customer, 'manis' agaknya. Yurkss! 

Mula lah aku rasa tawar nak makan Bakso lepasni. Sedih betul, dah la Bakso yang aku dok makan tu sedap. Agaknya makcik niaga Bakso kat Alor Setar ni buat pelaris macam tu tak ha? OMG! Nauzubillah..



Bakso special yang aku order haritu. Gotta miss you sexy :(






p/s : Kepada para peniaga makanan, hindari lah dari dok buat pelaris tak senonoh macamtu. Tak baik aniaya orang, carilah rezeki dengan cara yang baik dan halal. 

4 comments:

  1. assalmmualaikum dear.. zara pon minat kat bakso ni. ee..sgt mnakutkn if ada peniaga mcm ni.. tp kita pon kena hati2, jan mudah pcaya ngan crita org ..takut fitnah pula. tp mmg xmustahil ada peniaga pakai pelaris mcm ni.. huhu.. lg better if kita masak sdiri kat ruma.. tau apa isi kandung mknn kita msak tu.. huhu. mcm baru2 ni.. zara dapat info jg pasal salah satu restorang yg zara suka pegi, rupa nya cara pyedian dia xsebersih yg di sgka..amat kecewa.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sis. Itulah sekadar peringatan buat diri sendiri. Nak masak sendiri tu yang tak pandai tu, macam susah ja resepi bakso ni hehe. Sekarang bnyak kedai yang meniaga dgn cara 'tak bersih' tahu nak untung saja. Dira pun kecewa.

      Delete
  2. betul tu setuju ngn zara....hsband sy pun ske bakso tp xpnh jmpe yang btl sedap lg kt shah alam ni hehe....nice entry dik! http://dsupermama.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe thank you akak done blogwalking and foloow you akak :)

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON