Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Saturday, February 1, 2014

February and Gong Xi Fa Cai

Assalamualaikum wbt.




Masih dalam mood Tahun Baru Cina lagi ya. Maklumlah dapat cuti umum kan. Itu pun kepada yang cuti la, tapi pada yang tak cuti macam aku ni please buat muka tak puas hati seminit ok? Semperna raya cina ni aku ucapkan gong xi fa cai lah kepada kawan-kawan Chinese aku. Banyak dapat angpau ka? Hulur kat aku sekeping dua pun aku ok dah haha. jangankan angpau, limau pun takdak wey FINE!  Tapi nasib baik encik bos yang baik hati hulur jugak limau satu bag plastik ihik. Bukan tak mampu nak beli, tapi barang free ni orang cakap lagi 'sedap' yedak? 

Harini 1 Februari bersamaan dengan 1 Rabiul Akhir, ramai jugak friend list kat facebook aku yang DOB mereka hari ini. Kesempatan itu aku nak ucapkan selamat hari lahir smoga dimurahkan rezeki lah ya. Tak kurang juga kepada mereka yang melangsungkan majlis perkahwinan harini, selamat pengantin baru. Antaranya Mak Cik Ani kawan baik mama yang mengadakan majlis perkahwinan her only daughter yang cantik iaitu kak Liana with hubby Fitri. Dua-dua sama cantik sama padan. Pandai Kak Liana pilih hubby ya. Aku dengan semangat waja nak makan nasi kenduri sanggup ni ponteng kerja untuk teman mama pi kenduri. Maaf ya bos 'terpaksa'. hihi Mentang-mentang raya cina, setiap meja makan siap ada buah limau lagi tu. Mujur tak ada tarian singa. ceh!

Oh ya aku baru tahu yang harini juga merupakan Hari Hijab Sedunia. Wah baguslah macam tu kan. Kempen macam ni sangat baik di buat sebab secara tidak langsung dapat menyedarkan masyarakat tentang indahnya berhijab sebagai seorang muslim. Tujuan kempen ini sebab nak menyatakan hak seorang wanita yang serta memberi penghormatan kepada wanita yang berhijab serta agama pegangannya iaitu ISLAM. Sounds good right? Bertuah lah kita sebagai seorang wanita. 




Jadi sebagai rakyat malaysia dan juga seorang muslim marilah kita ramai-ramai menyokong kempen ini agar secara tidak langsung kita mendapat kebaikkan dan ganjaran dari Allah swt. Okay? 


Pernah dengar pasal seorang model Playboy iaitu Felixia Yeap mula memakai tudung. Aku awalnya tak kenal pun , tapi lepas baca paper metro and sempat gugel kelmarin baru la aku dapat sikit info pasal dia. Walaupun dia belum lagi seorang muslim tetapi niat baiknya untuk berubah tu sangat lah bagus. Dia juga tak tolak kemungkinan untuk memeluk islam dan based on apa yang aku baca, dia sambut tahun baru cina dengan pakaian berimej islam, iaitu bertudung sebab dia rasa lebih selesa dan tenang. Alhamdulillah, semoga istiqamah ya. 



p/s : bagi yang tak baca paper kelmarin klik SINI 

2 comments:

  1. lahhh baru tau pasal hijab day ni hahaa....tp best lah kn...pernah baca jugak pasal si felixia ni...yg baik ada yg mengutuk pun ada tp xpe lah mulut org bkn kita leh tutup kn..

    done follow awk hope sudi lah singgah n follow kita
    http://myaleo.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun baru tahu jugak haritu. Itu la memang mulut orang tak boleh tutup. Tapi ada lagi sorang tau model seksi yang peluk islam saya terlupa nama dia.
      tq sbb follow saya. I'll follow u back ok!

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON