Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Wednesday, February 5, 2014

Tersasar.

Assalamualaikum.
Hai *wave*



Apa cerita dengan seorang Hadirah. Tiba-tiba dengan entry 'tersasar' bagai. Maaf kalau terover. Bukan apa cuma aku geram dengan diri aku sendiri. Lain yang aku plan lain pulak yang jadi. Kiranya berubah fikiran tiba-tiba dek kena 'hasutan' orang. Damn! Ini paling tak best. Aku pernah note dalam wishlist aku tentang benda yang aku nak beli. Antaranya supplement untuk kulit sebab aku ada skin problem. Aku dah janji dengan diri aku yang aku akan consume produk Shaklee. Tapi aku TERbeli produk lain. Salah satu sebabnya aku belum join jadi member of Shaklee product. Then aku taktau nak cari sapa yang jadi ahli untuk ajar aku jadi member. Kalau tak jadi member opkos la harga barang tu mahal sikit kan. Aku tau produk shaklee ni memang superb. 

Tapi disebabkan tergesa-gesa aku pun terbeli produk lain masa aku tengah jenjalan kat Tesco. Aku singgah satu kiosk yang kaler oren. Punya la bertimbun produk dia jual sampai tuan kiosk tu pun aku tak nampak dah. Tenggelam. Sembang punya sembang dia suggest kat aku satu produk ni. Pearl White nama dia. Pernah dengar tak? ka pernah terbaca kat paper Metro ka? Ok, aku sendiri pernah terbaca kat Metro la itu pun sekali lalu ja. Harga dia murah kira affordable la bagi orang sederhana macam aku. Mula aku macam susah nak percaya la takut juga ada side effect ka, lambat berkesan ka sebab aku ni jenis gopoh. Semua nak cepat ja. Tapi bila kak tu cerita detail kat aku pasal produk ni aku pun TERmakan apa yang dia cakap. Katanya ada testimoni which is dia punya regular customer yang consume produk ni dah dapat positive outcome hanya dalam masa tiga minggu. 'Sounds great' bisik hati kecilku. Kak tu siap bagi phone number customer dia lagi untuk aku dapat kepastian. Jadi aku pun beli jugak lah. Dia ada buat promosi beli 3 botol RM100. Tapi untuk percubaan aku try 1 botol ja dulu.

Lagi satu! Harini pulak aku gatal tangan pi beli Emilay Whitening Clear Spot. Its original and very cheap you know. Tak sangka, sebab selalu aku dok tengok orang jual dalam RM40 cemtu tapi harini aku beli dengan harga RM25 SAHAJA ok SAHAJA. Excited . Kalini bukan beli kat kiosk tapi kat tempat lain pulak. Aku banyak baca review  pasal Emilay ni. Ada seorang kawan aku pun makan jugak dan lepas 2minggu jerawat pasir dia semua hilang sebab kena 'simen' dengan Emilay. Cewah bunyi macam hebat. Let see. So dengan lafaz bismillahirahmanirrahim dan selawat aku pun start minum Pearl White kelmarin. Aku akan buat selang seli, pagi minum Pearl White malam aku telan Emilay softgel yang purple-purple cute tu. Semoga berkesan. Aminn..



p/s : Musnah satu wishlist aku. Tapi tak mengapa permulaan. Sapa-sapa yang consume dua produk ni mintak komen sikit nak tahu 'pengalaman' korang ok!

2 comments:

  1. wahh..macam best je...tapi tak pernah pulak guna lagi..trylah dulu dear.mane tau menjadi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi tu lah harapnya menjadi lah. Nabila ada makan supliment jugak ke?

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON