Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Saturday, March 29, 2014

Tabiat.

Assalamualaikum wbt.

Sebelum tu aku nak kongsi kegembiraan sikit bila abang poslaju singgah depan rumah bagi parcel yang tertera tulis 'Shawl' dari HIJABZONE7 / Fb HIJABZONE7. Senarnya aku dapat shawl ni sebab aku menang segmen The Superpapaya Giveaway tempoh hari. Alhamdulillah. Kalau ada yang teringin nak cuci mata tengok shawl yang cantik-cantik sila ke web HIJABZONE7 ya. Sini aku tunjuk sikit shawl pat segi yang aku dapat. 

Cantik tau suka sangat. Thank you N-fiq :)

So now terus kepada tajuk kita iaitu Tabiat. Tahu kan tabiat ? Tak kira tabiat pelik ke baik ka kira tabiat la. Aku nak translate maksud tabiat tu rasanya tak perlu memandangkan perkataan tu semua orang tahu kan?
Aku rasa setiap orang ada tabiat dia tersendiri kan, sama ada sedar atau tak ja. Bagi aku sendiri aku sedar tabiat pelik aku. Aku ni jenis goyang kaki sebelum nak tidur/lena. Tah kenapa dia otomatik jadi sendiri , every time nak tidur letak je kepala atas bantal kaki aku dah start goyang, tangan pulak steady dok baca inbox mesej. Haa tu satu lagi tabiat, baca mesej sebelum tidur. Tapi takda la aku jahil sangat sampai tak baca doa sebelum tidur apa semua. 

Yang mama aku lagi lawak, mama jenis bila tengah cakap fon tak reti duduk diam. Means dia akan bangun dari satu tempat ke satu tempat. Kejap pi dapur susun-susun pinggan, kejap bukak peti ais pastu tutup balik , then pi ruang tamu sambil sental rak-rak yang berhabuk , umpil-umpil hujung langsir dan macam-macam benda yang tak terjangka lah. Lepas habis ja borak-borak kat fon tu baru dia sedar apa yang dia dah buat dari tadi. Ya allah lawak la mama ni. Aku perati ja mama dari jauh kadang rasa nak rakam biar dia tengok sendiri. Abah pulak jenis yang menghayati watak dalam drama kat TV. haha. Contoh k contoh, kalau kat tv pelakon tu tengah cakap 'Taknak, aku dah taknak kawan kau lagi' sambil aksi geleng kepala, tetiba abah pun turut geleng sekali. Padahal abah tak perasan aksi spontan dia tu. Lawak betul kahkahkah. Lagi satu kalau abah main game kat handfone, game Temple Run contohnya. Kan game tu ada kena lari la kona la tunduk la. Bila part tunduk je abah pun 'tunduk' sekali. Haha ya allah comel la. Aku bukan nak burukkan parent aku ka apa, tapi bagi aku benda ni cute sangat la, seronok aku gelak terkeek-kedek.

Manusia ni ada macam-macam jenis tabiat kalau korang perasan , ada yang suka makan burger tapi dia start makan roti dulu daging burger dia makan last, ada yang makan roti tapi bahagian kerak dia buang, kadang yang pregnant mengidam makan sabun pun ada tau. Jangan terkejut k yang tu biasa sebab pembawakan budak kan. Tapi kan aku ada la gugel dan terjumpa satu tabiat pelik seorang wanita warga Filipina ni. Dia suka makan daging manusia. Kira macam pembunuh lah ni. Hinggakan dia sanggup makan suami dia sendiri eww yuks! Tak caya try baca SINI

Ada banyak lagi tabiat aku nak share tapi cukup takat ni jelah. Kalau ada yang nak share tabiat korang pulak boleh la. Boleh kita gelak sama-sama hehe :)



p/s: Esok aku dah mula kerja di salah sebuah syarikat swasta kat area mergong. Semoga segalanya berjalan lancar amin ;



Friday, March 28, 2014

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway

Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)


Assalamualaikum and Happy Anniversary MR & MRS Hafiezy.

Barakallahufik, and best wishes to you both on your upcoming anniversary.
You both are such a lovely couple. May the love that you share last your lifetime through, as you make a wonderful pair. Sebagai rakan blogger Dira doakan perkahwinan dan rumah tangga MR & MRS Hafiezy sentiasa diberkati dan bahagia hingga ke akhir hayat insyallah. Tak lupa, semoga cepat-cepat dikurniakan cahaya mata yang comel.


Happy Wedding Anniversary sis Zara & bro Hafiezy.



LOVE
dira

1st Giveaway By Fatimah Azzahrah

Assalamuaikum.


Ramai-ramai kita para bloggers untuk support 1st GA dari Fatimah Azzahrah ni.
Start dari 27 March hingga 20 April.
Kalau ramai yang join so, ada pelbagai hadiah lain boleh dimenangi :)

Tuesday, March 25, 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum


Clik banner to join


Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut. 
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan. 
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovarigejala atau simptomjenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang. 



p/s: Harapan semoga artikel ini menjadi pilihan blogger Buasir Otak. Kepada yang nak join cepat ya sebab 
GiveAway contest ini berjalan selama 2 minggu dan akan ditutup pada  Sabtu, 5 April 2014 jam 11.59 malam.

Sunday, March 23, 2014

About Cyst that you MUST read

Assalamualaikum

Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut. 
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan. 
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovari, gejala atau simptom, jenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang. 


Oh before that , thank you to Anem Zahar for this: 



Hehe cam comel je dapat banner kan? Apa apa pun alhamdulillah sebab aku belum ada benner sendiri di blog aku.



Saturday, March 22, 2014

1st Giveaway by Bella Nabieyla

Assalamualaikum :)


Hai olls, another GA for you to join. Ramai-ramai join bagi meriah sikit GA Bella ni 
GA ni berlangsung dari 17/03/2014 hingga 10/04/2014 tepat pukul 12 am.
Hadiah-hadiah sangat best terutama sekali kepada perempuan dahtu ada hadiah misteri lagi. 
Jemput join TQ

1st Giveaway by Puan Husna

Assalamualaikum


Jom kita tambahkan kenalan blogger kita dan join GA yang dianjurkan oleh Puan Husna ni.
Click banner untuk join 

CADANGAN KEPADA PUAN HUSNA

Dear sis Husna , untuk memenuhi syarat GA, so Dira cuba bagi satu cadangan kepada sis.
Apa kata sis buat 'open link in the new tab' . Kalau buat macam ni, rasanya lebih mudah tambah-tambah lagi bagi blogger yang suka join GA tu. Harap cadangan Dira diterima. Terima Kasih :)

Thursday, March 20, 2014

GIVEAWAY : I LOVE MAKEUP

Assalamualaikum and Hello everyone.



Have you joined this GA yet? If not feel free to click the banner above ok!

KENAPA SAYA SUKA MAKEUP

Makeup/bersolek ni sangat sinonim dengan kita kaum wanita kan? Semua perempuan nak nampak cantik. Just like me. I do love make up. Barang makeup yang wajib ada dalam bag aku mestilah compact powder, lipstick , eyeliner , blusher etc. Disebabkan usia aku yang dah masuk dewasa ni, so keinginan nak nampak cantik tu mesti la datang. Sejak dari umur 7 tahun pun aku dah mula tahu pasal make up ni maklumlah 'dorongan ibu' hehe.
Dengan makeup aku rasa aku lebih berkeyakinan kalau nak keluar rumah. Takda la kusam je muka kan. Cukuplah sekadar beri sentuhan ringkas pada wajah janji tak nampak pucat. Make up ni pun penting bila aku nak hadiri majlis-majlis tertentu. Barulah bangkit dengan top and bottom yang kita pakai. For me, aku selalu makeup dengan mengekalkan sifat natural. Tapi sekarang masih belajar cara nak makeup dengan penampilan yang lebih berani macam menggunakan lipstik warna merah terang :)
Since blogger Ika buat GA I LOVE MAKEUP ni, aku rasa sangat teruja lalu 'menJoin'. Harapan semoga aku boleh menang GA ni insyaallah :)

Sunday, March 16, 2014

Grateful

Assalamualikum

Setelah sekian lama cuaca panas sampai banyak pihak yang merungut, akhirnya Dia turunkan juga nikmat hujan kepada hambaNya. Bumi Alor Setar dah pun hujan sejak kelmarin. Even tak begitu lebat, tapi mampu membuat rumput dan pokok-pokok tersenyum. Manusia yang merungut patut bersyukur. Lega. Sejuk.
Semoga jerebu boleh hilang, semoga air di empangan boleh penuh semula, semoga tiada lagi hutan terbakar.

Dua hari lepas aku sudah mencapai usih 20 tahun. Makin dewasa. Semoga usia mematangkan aku dan menjadikan aku insan yang solehah. Thanks to mama abah adik-adik beloved aunt friends for all the wishes and present. Doa kalian amat dihargai.

Lambat pulak aku nak tunjuk shawl lace yang aku menang dari segmen itu hari. To Nabila Biela and Tudung Sweet Aryan, nice shawl i do love it. Terima kasih daun keladi.




Masih menghadapi masalah macam ni dan tak boleh follow guna google, so kena guna akaun lain like yahoo benci betul.


Lusa aku dah nak exam. 1 paper je pun. Tapi malam ni aku malas nak study sebab siang tadi aku dah penat menghafal. Doakan aku kalau terbaca entry ni. Next post aku maybe nak cerita pasal Cyst. What is Cyst? Later on peeps :)


Saturday, March 15, 2014

1st Mini GA by Madihah

http://madihahdaisy.blogspot.com/2014/03/1st-mini-ga-by-madihah.html
Hadiah :
- Mistine Egg White Peel Off Mask -1

- Mistine White Spa Swiss Gold Serum Lotion-1

- Mistine Richy Orange/ Strawberry Body Scrub-1

- Mistine SS Powder-1



Tamat : 25.03.2014

                    

Bukti iklan yang diklik :)  


Friday, March 14, 2014

Couple Chocolates Cookies Contest by akugadishijabista.blogspot.com

Assalamualikum.


Giveaway dari blogger Akugadishijabista you alls 
Cute kan banner kat atas. Tapi kalau korang click lagi cute sebab hadiah dia pun cute jugak hehe
10 peserta terawal akan dapat 2 boxes of chocolate cookies. Wow best kan?

Oh by the way aku nak ajak korang tengok page GHijabster Suite ni. Banyak item best yang boleh kita purchase kat sana. Kalau nak tahu GHijabster Suite tu milik penganjur GA ni juga iaitu sis Amirah Nuraisyah.
Cer tengok antara cute sweater yang ada ni 




Jadi taknak cakap banyak mai kita join cepat lumba sapa 10 terawal dan dapat 2 kotak chocolate cookies :)



Thursday, March 13, 2014

Bamboo Giveaway by shafiquestevenson.blogspot.com

Assalamualaikum

Jom kita ramai-ramai support GA dari Syafiquestevenson kali ini.
A surprise gift is waiting for yaa !
klik banner untuk join ^^

GA PERTAMA AMIR KHALIS

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia :)





GA yang berlangsung selama sebulan iaitu dari 11 MAC hingga 11 APRIL 2014.
Klik banner untuk join.
Good luckhttp://amirkhalis.blogspot.com/2014/03/ga-pertama-oleh-amir-khalis.html

Login Wang!

Assalamualaikum.

Pernah dengar Login Wang tak? Aku pun baru tahu 2 hari lepas dari seorang blogger. Yang best nya login wang ni percuma dan hanya dengan login ja dah boleh dapat duit RM0.50 sehari. Kalau tiap hari korang bukak laman web tu cuba kira agak-agak berapa korang dapat. So aku pun try la daftar. Jangan risau benda ni korang tak payah nak ajak rakan-rakan blogger korang untuk klik iklan pun. Suruh dorang daftar, so dorang yang dapat duit. Best?!

Login wang ni ada 3 pekej pilihan iaitu pekej PERCUMA pekej BIZ dan pekez VIP.


                   upgrade with me
PAKEJ PERCUMA
Login HarianRM 0.50
Taja Ahli VIPRM 5.00
Taja Ahli BIZRM 2.00
Kredit0.00
Min WithdrawRM 100.00

PAKEJ BIZ (RM100)
Login HarianRM 1.00
Taja Ahli VIPRM 30.00
Taja Ahli BIZRM 20.00
Kredit100.00
Min WithdrawRM 50.00 / RM 100.00

PAKEJ VIP (RM300 RM200)
Login HarianRM 2.00
Taja Ahli VIPRM 80.00
Taja Ahli BIZRM 40.00
Kredit200.00
Min WithdrawRM 50.00 / RM 100.00

Kalau kita dari pekej PERCUMA, hendak upgrade ke pekej VIP sangatlah lumayan. Sekali klik dah masuk RM2.00. Aku sendiri pun dah join, tapi pekej PERCUMA saja dulu. Ada rezeki lebih aku join VIP pulak. Haa so nak daftar tak? Korang boleh dapat keterangan lanjut  dengan klik SINI . Kat web tu ada banyak soalan lazim yang mungkin menjadi kemushkilan korang. Ok meh kita ramai-ramai DAFTAR PERCUMA.
Selamat mencuba.

Monday, March 10, 2014

Wishing


Assalamualaikum

Asyik tengok berita tentang perkembangan MH370. Sama kita teruskan berdoa sementara pihak berkuasa berusaha mencari MH370 yang hilang, harini dah masuk 3 hari dah. Mohon hentikan spekulasi mengarut. yang buat semua orang jadi pening. Pikir kau teror boleh edit gambar kapal terbang tenggelam guna photoshop? Pi blah jauh-jauh.
Rupanya salah seorang mangsa iaitu pegawai MITI yang nama Safwan tu jiran aku. Tinggal kat taman sebelah. Kesian sangat tengok family dia.

Allah telah menetukan segalanya. 

Kepada adik-adik yang tengah tunggu keputusan SPM tu, mesti time-time ni dah gabra kan? All the best untuk korang semoga dapat result yang bagus dan membanggakan. Jangan lupa bersyukur dengan apa yang korang dapat k.

Juga tak lupa kepada rakan seperjuangan STPM 2013, Result kita pun akan keluar minggu depan. Semoga kita berjaya dan dapat sambung degree sama-sama nanti.Insyaallah. Aku pun gabra jugak senarnya.  

Sambil itu aku share sikit  lagu Masih Mencintainya sebab aku baru sedar kewujudan lagu ni dan 'kesedapannya'. Thank you readers. Heart you all.

Papinka - Masih Mencintainya







Sunday, March 9, 2014

Awesome Giveaway by FatinDiana

Assalamualaikum and Hi!




Tahu pasal Giveaway ni? Tak tahu mohon klik banner untuk maklumat lanjut.
Sebab wajib tekan banner kerana tajuk giveaway ni pun dah tertera perkataan "Awesome" kan, so tentu hadiah dia pun awesome jugak. Tak percaya try klik banner kat atas tengok sendiri hadiah yang best tu. 

Tarikh tamat lambat lagi, iaitu pada 24 Mac 2014.
Jemput ramai-ramai meriahkan contest. ^^

Saturday, March 8, 2014

Keep Praying!

Allahhuakbar!


Friday, March 7, 2014

GA Mac 2014 by Emas Putih

Assalamualaikum

Sila tekan banner di atas jika nak join.






p/s: Amboi habis sepetang aku nak follow, blogwalking dan like semua para sponsor . Harap ada rezeki untuk menang :)

Thursday, March 6, 2014

Giveaway by Syafiquestevenson


Assalamualikum, 

Giveaway lagii! Bismillah..


Click banner untuk join ^^

Katanya pemenang akan dapat hadiah rahsia. Oh wow surprise sangat kannn. 
Jom jom kita cuba nasib mana tau hadiah rahsia tu gempak. ihihi 

Saya mintak sangat pemenang dipilih secara random pleasee :)

Terima kasih.

Jom Blogwalking By SukaGelak

Assalamualaikum.

Tengah dok blogwalking tadi terbaca entry sis Zara pasal segmen Jom Blogwalking by blogger Sukagelak . Jadi terasa laa nak join. Yang lain kalau nak join pun boleh. Segmen ni start dari 5/03/2014 - 9/3/2014, empat hari saja tau. Blogger yang bertuah akan dapat topup Rm5 dan tersenarai dalam 10 bloglist. So lekas support Sukagelak dan klik banner kat bawah. Tq




Wednesday, March 5, 2014

How To Measure Your BMI.

Assalamualaikum wbt.

Semoga yang baca sihat hendaknya walaupun sekarang musim jerebu. Maklumlah banyak pak cik pak cik yang dok bakar jerami. Habis kereta bapak aku kena habuk-habuk jerami tu. Ingat aku suka sangat kalau kena paksa cuci kereta. Huh sedih. Kepada yang mudah mendapat penyakit tu jangan lupa pakai mask kalau nak keluar jenjalan ya. 

Entry kali ni cuma nak kongsi dengan hampa semua cara mudah nak tahu Body Mass Index (BMI) hampa. BMI tu adalah suatu pengukuran yang menunjukkan hubungan antara berat badan dan tinggi badan kita.Tak ramai antara kita yang ada berat badan dan tinggi yang ideal . Sesetengah tu berat badan dia tak sesuai dengan tinggi dan ada juga yang sebaliknya. Aku pun salah seorang insan yang dimaksudkan  tu. Sedih kali kedua. 

Kat sini aku takmau lah tunjuk cara nak kira BMI sebab panjang berjela nanti, tambahan pula ,sastera aku agak malas. Tapi bagi yang nak kira sendiri tu uolls click kat SINI okay.

Ni yang sebenarnya aku nak tunjuk kat hampa semua. Pakat-pakat ukur ok lepastu bagitahu kat kawan-kawan lain sama xoxo.






p/s : Ideal ka tidokkk? 

Tuesday, March 4, 2014

The Superpapaya Giveaway!



Di mulakan dengan Bismillah..

The SuperPapaya Giveaway! 


*Banner credit to AIN*

Antara hadiah yang bakal dimenangi:

Dress & Blouse | Shawl | Pashmina | Vcoa Treenea | Cookies | Notebook | Keychain | Shiseido Mask | Topup | Header & banyak lagi!

Ditaja oleh:

Adda Wellness | Lilly Lolly | Syofia | Butique4u | Farisah Home Delight | JOM Singgah Shoppe | LoveeWhitee | Saljiah Craft | Inner Scarf | 2Paradise's Shop | Dila | Elvee Exclusive Closet | Huda Collections | Ain Aina | Delfirastlye | Hijabzone7 | Azurah | Lolipoppoppop

Due Date: 25.3.2014 (10.00 p.m)

:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

Review Khas Elvee Exclusive Closet

Elvee Exclusive Closet merupakan online shopping yang menjual barangan wanita yang sangat superb! seperti dress, handbag, shawl dan banyak lagi dengan menawarkan harga yang sangat berpatutan iaitu sekitar RM 25 - RM 95 sahaja!  Di mana lagi nak dapatkan brangan yang diingini dengan harga yg begitu berpatutan? Mestilah di Elvee Exclusive Closet!



Kepada yang berminat boleh lah terus contact Elvee Exclusive Closet di Facebook.





p/s : Nak menang kena join contest ni ya. Aku pun nak menang jugak :)

Saturday, March 1, 2014

1st Giveaway by Dscarnia

\(^o^) Assalamualaikum. Hai (^o^)/


- klik banner untuk join-
- See more at: http://dscarnia.blogspot.com/2014/02/1st-giveaway-by-dscarnia.html#sthash.UDtrlxzd.dpuf


1st Giveaway oleh Dscarnia . Giveaway ini start dari 20 Februari hingga 10 Mac. Masih ada banyak masa kalau nak join tau. Kalau nak tengok hadiah hadiah yang menarik yang bakal menanti anda klik SINI ok! . Good luck olls.

MARCH Must Be Wonderful !

Assalamualaikum wbt.
March Madness :)




How fast time flies kan, Tup-tup dah masuk bulan 3 dah. Rasanya macam baru ja lagi sambut tahun baru. Itu aku la yang rasa, taktau lah orang lain macam mana. Orang cakap kalau kita dok buat sesuatu benda tu sampai kita tak sedar cepatnya masa berlalu maknanya kita betul-betul enjoy dan happy dengan kerja kita tu. Kalau dua bulan yang lalu kita dah buat sesuatu yang baru yang belum pernah kita buat sepanjang jangka hayat kita kasar bahasa kau , apa kata bulan 3 ni kita cari lagi something new untuk kita try. Bukan try an error ok!  Like me tahun ni aku rasa macam minat memasak aku menjadi-jadi. Macam melampau pulak bunyi kan. So aku try la resepi baru , ala main hentam buat ja tak usya buku resepi pun. Ni haa menu baru untuk tengah hari yang aku buat harini semperna 1 Mac ni. Acewah mengada sangat kenapa.


Siakap Tomyam Bakar.
  
ala bakar guna pemanggang ajaib tu ja mudah jimat sedap

Bulan ni jugak aku nak kena ambik lagi satu paper yang aku repeat last semester. Aku repeat subjek Sejarah sebab aku tak dapat A untuk sejarah, jadi aku nak repeat balik bagi result aku supaya sedap sikit dipandang lalu sedap sikit nak masuk Universiti nanti. Jadi aku memang dah kena start study baliklah. Padahal buku sejarah aku dah buat pekasam ikan puyu dah dalam kotak. Kalau goreng, makan dengan nasik panas boleh menambah-nambah dah nasik tu aku rasa. Jadi minggu lepas baru tergerak hati nak keluarkan balik tapi bagi otak aku yang makan la biar cerdik Sejarah sikit.
Lepas habis ja exam, aku dah nak start kerja dah. Alhamdulillah kak.fida panggil aku kerja balik kat office dia sebab tak cukup staff. Even sekadar jadi secretary aku bersyukur at least takda lah aku nak nganga kat rumah kira berapa tiles yang ada dari halaman rumah sampai belakang rumah. Kau nampak kebosananan dia kat situ?
Last but not least, bulan ni jugak birthday aku. ihik ihik sebab tu TERexcited tak dijangka tu. Over macam tak pernah sambut kan? Alaa kau ni aku saja nak mention saja bukan gumbira sampai tahap nak buat GA ka apa ka, plus aku mana reti. Tapi aku seronok join giveaway yang orang lain buat mehehe. Ok cukup Hadirah! Mari makan Siakap Tomyam Bakar kita. Jemput makan..

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON