Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Friday, January 17, 2014

Online magazine.

Assalamualaikum. 

To readers, HAI! lambai-lambai . Kali ni aku karang entry atas katil ja. Takdak bertemankan bayu disaksikan burung apa semua. Serious mata layu sebab dah penat sangat. Letih semacam harini. Kesnya kerja banyak.
Ok straight forward, berkenaan dengan tajuk diatas, aku rasa aku nak cakap sikit pasal satu majalah ni. Yes majalah online gitu. Buat yang mungkin tak tahu, meh sini kite nak share dengan awak. Aku ni buleh dikatakan seorang yang suka membaca lah jugak. Tak kisahlah apa jenis bahan bacaan pun aku sapu. Terrrrrutama sekali novel lah. Yang tu wajib siap ada tulis dalam resume aku bahagian hobi lagi. K aku kelentong saja.
Tapi majalah pun aku rajin selak jugak, cumanya jarang nak beli lah majalah ni. Kadang aku main sapu ja majalah Wanita mak aku taklupa majalah Ujang adik lelaki aku. Kiranya bagi aku hidup tak lengkap kalau aku tak membaca. Paling lekeh pun surat khabar. Haa, sapa yang hobinya membaca kita geng k. Geng seminit je la hehe.
Kadang ada hari poket kita mesti kering dek berbelanja sakan ikut keperluan kita. Lepastu bila lalu ja depan bookstore mesti rasa nak singgah and grab satu buku kan? Then tetiba rasa macam serba tak kena samada nak beli atau tak , sebab kita rasa mungkin duit yang kita akan guna untuk beli magazine tu lagi baik kalau kita makan sizzling telur mata. Cewahh, ni jenis orang yang perangai macam aku lah ni. Lepastu, kita pun tak jadi beli.
 Tapi , satu hari tu tak ingat bila aku dok main google situ google sana, aku pun terjumpaklah satu web portal ni. Iaitu Media glam which is the online magazines portal that "change your way to gain knowledge" gitu tag line dia haha. Alright dalam web Media glam ni , terdapat 2 jenis magazine yang chuolls boleh baca first is Eternity and second is Kitchen Online. Kedua-duanya best. Ada pelbagai tip yang korang boleh dapat setiap bulan kalau korang baca.
 Yang paling penting it is FREE! Ya, baca saja tak payah bayar sekupang dan tak perlu register apa pun. So now aku dok tunggu Eternity edisi Januari 2014 . Tahun lepas edisi bumper bulan november dan disember paling best blogger kegemaran ramai termasuk aku iaitu sis Irine Nadia yang cute tu jadi cover girl. Suka betul. So, jom ramai-ramai usya portal Media glam hokehhh?


Free nanti awak singgah sini okay? 

No comments:

Post a Comment

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON