Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Tuesday, April 29, 2014

Tidak Sah Solat Seseorang Jika...

Assalamualaikum wbt

Penat aku mencari idea nak menaip. Tah kenapa otak kering ja sekarang. Nasib baik hari ni ada jugak benda yang nak aku kongsi setelah aku korek-korek jugak idea yang hilang.

Harini nak cerita pasal bacaan dalam solat kita. Solat itu wajib, membaca fatihah juga wajib kerana fatihah itu rukun solat. Yang menjadi kemuskilan, sempurna kah solat kita seharian siang malam pagi petang tu?
Wallahualam.

Bacaan yang betul dan teratur dalam solat amat penting. Kalau tersalah baca maka tersalahlah makna ayat tersebut. Tidak kah itu berdosa? Sempurnakan dulu bacaan Al-Fatihah kita. Pelajari dulu hukum-hukum tajwid agar kita dapat membaca surah Al-fatihah dengan sempurna tanpa lari maksud. Jangan berlagak yang awak dah expert surah Al-fatihah sedangkan seorang ustaz juga telah ditegur oleh seorang ustaz yang lebih berpengalaman bahawa bacaan Al-fatihahnya salah. Inikan kita yang mungkin kurang ilmu. Ini kisah benar.

Besides, ketika solat pastikan setiap surah dan semua bacaan dalam solat kita dibaca agak kuat. Kuat disini bermaksud , agak bacaan tu boleh didengari di telinga awak sendiri. Bagi lelaki tak mengapa jika lebih kuat, tapi wanita biarlah sedang-sedang sahaja. Ini kerana jika bacaan dalam solat itu hanya dibaca dalam hati ataupun sekadar miming sahaja, maka TIDAK SAH SOLAT awak. Kadang kita akan lebih mudah diganggu oleh syaitan jika kita baca perlahan atau miming.

Jika TERmenguap ketika membaca sesuatu surah, awak kena ulang ayat tu semula, jangan main sambung ja padahal tah papa tah yang awak baca sambil menguap tu. Tak baik tau.

Itu sahaja dulu perkongsian aku kali ni.




6 comments:

  1. Betul tu...kita kena pastikan kita baca dengan betul...xkan rugi pun klau kita belajar tajwid...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya tajwid ni semua orang kena tahu, Kalau tak habislah xbetul ayat yg dibaca

      Delete
  2. Tulah nak kena sentiasa perbaiki solat kita....tak boleh ambil sambil lewa....kang ke laut lak jdnye...

    ReplyDelete
  3. part menguap tuh.. kena perbetul la lepas nih.. :O main sambung je..

    singgah dari blog syira..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe okay sama-sama kita buat perubahan ye :)

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON