Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Sunday, February 9, 2014

Hero Robotik

Assalamualaikum.

Peminat robot ada ka kat sini? Ke aku sorang saja? Tak apa lah biar aku celoteh sorang-sorang. Aku cukup suka dengan benda besi bergerak ni atau lebih sedap dipanggil robot. Sebabnya robot ni memudahkan kita. Dalam kehidupan harian kita pun kita ada pakai robot jugak atau mesin la lebih kurang. Contohnya, mesin basuh, car wash , mixer and etc. Kalau tak ada benda- benda alah tu terutama sekali mesin basuh , ada kau nak rajin sangat tonyoh baju dengan tangan sambil cangkung dalam toilet lelama? Memang tak lah kan. Bebulu la jari jemari uolss. 
Jadi sini kita cakap sikit pasal robot atau lebih sesuai dengan tajuk entry aku iaitu Hero Robotik. Sejak perfileman diperkenalkan sebagai hiburan berbentuk moden, watak hero ialah watak paling popular. Ramai karyawan berlumba-lumba nak buat filem aksi  bermula dengan hero biasa lepastu muncul istilah superhero seterusnya hero mesin atau penulis istilah sebagai hero robotik atau cyborg. Aku suka hero robotik ni sebab hero ni didatangkan dengan kostum berteknologi tinggi siap ada peralatan dan jentera yang canggih manggih. Tengok gambar contoh dibawah WOW!



Hero robotik fav aku ialah RoboCop. Tapi Terminator , Iron Man dan Transformer pun aku minat jugak. Ok, filem RoboCop ni dibuat semula daripada versi asal dia pada tahun 1987. Gila lama kan? RoboCop 2 pula tahun 1990, RoboCop 3 1993 dan kini RoboCop 2014 yang terbaru yang aku baru pi tengok. Director cerita ni nama Jose Padilha goole je nama director dia. Bagus sentuhan dia awalnya Alex Murphy iaitu pelakon yang memegang watak RoboCop ni pakai contume hitam tapi selepas 'dibaik pulih' dia change colour silver. Kacak betul Alex Murphy atau real name dia Joel Kinnaman ni. Sebab apa aku cakap dibaik pulih, haa kena pi tengok sendiri. Aku rasa RoboCop ni patut ada dalam dunia sebenar kita ni. Kalaulah ada, mesti negara kita mencapai tahap zero crime kan? Tak ada lagi orang jahat, semua kena tembak dengan encik RoboCop kita. Betul tak? 


Jeling sikit Alex Murphy. 

Korang dah pi tengok ka belum cerita ni ? Kalau belum pergi la tengok, rugi kalau tak tengok sebab best sangat. Aku bagi double thumb lah kat cerita ni. Aku pergi tengok dengan Farah dan Diana. Nasib lah Diana beli tiket awal-awal kalau tidak jenuh berebut la nak beli tiket sebab hari yang kitorang pi tengok tu, manusia punya lah ramai kat shopping mall . Saja kitorang nak release tensyen hangout sambil tengok wayang sebab dah lama tak jumpa. Rindu. 



           


               
Tengok aku , mana reti kalau senyum tak tunjuk gigi. Pelik betul. 


4 comments:

  1. Minat tengok movie2 macam gini...fantasy betul ! huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan? Sama lah kita hehe anyway thanks sudi follow saya :)

      Delete
  2. Wahh.. pict.ngan kawan2 tu lg nmpk meriah dr poster robocop.. hehe. Ari tuu zara tgk ngan suami. Sminggu pas tygn d pwgm.. bg thumbs up jg ngan movie ni.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gambar tu memang melebih sikit ya,maaf haha Excited sangat sebab best Robocop ni. Yeah double thumbs up!

      Delete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON