Sweetness in your speech talent in your mind love in your heart peace in your eyes strength in your hands & always victory in your life

Tuesday, March 25, 2014

GiveAway Contest Gila Buasir Otak: Artikel Pilihan

Assalamualaikum


Clik banner to join


Seperti yang dijjanjikan, aku ada nak cerita pasal satu penyakit ni. Ever heard about Cyst? Atau dalam bahasa dipanggil Sista. Cyst amatlah menakutkan kita kaum wanita. Cyst adalah sejenis ketumbuhan . Ada yang tubuh di ovari dan ada juga di bahagian bawah perut yakni berdekatan dengan Miss V (vagina) kita. Menakutkan kan?
Baru-baru ni , taksilap aku dalam 2 bulan lepas aku dapat berita yang sepupu kesayangan aku kena menjalani pembedahan untuk buang cyst dekat bahagian bawah perut dia. Ya allah aku terkejut kot dengar berita tu. Sepupu aku senarnya dah lama noticed ada satu benda timbul like ketulan kat bawah perut dia bila dia baring. Tapi dia ignore ja ingat takda pape. Tapi makin lama benda tu macam makin besar katanya. Bila bagitau mak dia (mak ngah aku) , mak ngah kata camni 'ala takdak apalah sikit ja ni 'nyamuk' kot, lagipun tak sakit kan?' Pandai nyamuk pilih tempat nak giget-gigit ye. Yes benda tu memang tak sakit pun kalau ditekan-tekan sepupu aku kata. Itu yang peliknya. Tapi korang jgn anggap benda ni tak sakit, ada jugak pengidap cyst ni menderita sakit bahagian Miss V , sakit macam senggugut tapi lebih teruk dari senggugut. 
Disebabkan sepupu aku ni asyik mengadu ja kat mak dia, so mak ngah decide nak bawak dia berubat. Mula-mula tu buat berubat kampung dulu, tapi tetap tak nampak kesan. Then barulah bawak pi hospital, bla bla bla dokter cop dia sebagai pengidap Cyst. Dan benda tu dah membesar dalam perut dia dalam 2 ke 3cm dah. Tapi belum kritikal sebab ketumbuhan yang jadi tu dalam bentuk kantung air , belum jadi daging. Kalau daging taktau lah cemana nak cakap. Cuak laa mak ngah aku sepupu aku lagi la siap meraung depan dokter lagi macam tak boleh terima kenyataan. Kalau kita yang kena mesti kita rasa benda yang sama kan? Lastly, operation dijalankan untuk buang benda alah tu. Alhamdulillah sepupu aku selamat menjalani pembedahan. Sedih aku tengok dia. Menangis, batuk , bersin semua tak buleh buat macam normal. Sebab effect kat tempat operation tu. Kalau batuk dia kena tutup mulut dengan bantal dan batuk slow-slow. Siksa kan. 
Sekarang sepupu aku dah sembuh dan bekas jahitan kat tempat operation haritu dah kering dan isi dh bercantum semula. Cepat jugak dia sembuh sebab dia memang berpantang gila-gila macam orang bersalin. Dalam 44 hari berpantang tu dia tak sentuh langsung udang, telur , ayam etc yang memudaratkan. Biasa lah mak ngah aku ni orang kampung so dia cukup jaga pantang larang ni. Bagus mak ngah. Dan yang aku pelik dan mushkil, even dah habis pantang pun sepupu aku kata tak boleh makan Pisang. Katanya mak ngah pesan kalau makan pisang takut ketumbuhan tu berakar dan mungkin boleh tumbuh balik? Betul ka?
Nak baca info lanjut tentang maksud sista ovarigejala atau simptomjenis-jenis Cyst dan macam-macam lagi klik SINI. Bacalah, ini info penting untuk kita semua wanita.
Haa so awak-awak yang dok baca ni mohon pergi check 'area tersebut' kalau tetiba rasa yang pelik tu sila jumpa dokter takut lama-lama biar nanti makin besar cyst tu jadi 4cm kang. 



p/s: Harapan semoga artikel ini menjadi pilihan blogger Buasir Otak. Kepada yang nak join cepat ya sebab 
GiveAway contest ini berjalan selama 2 minggu dan akan ditutup pada  Sabtu, 5 April 2014 jam 11.59 malam.

5 comments:

  1. Slm kenal..

    Good info..

    http://rencahkehidupan-maamieiqi.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. good info untuk wife saya juga. wife saya doctor kata suspect endometriosis. tapi hanya suspect je la. insyaAllah later kami akan buat medical checkup detail. good luck ye!

    moh baca artikel saya juga
    http://masyghulonline.blogspot.com/2014/02/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html

    -admin-

    ReplyDelete
  3. bahayanyaa.. nak cont. reading lah..

    Assalam..
    singgah sini dr rumah tuan penganjur contest..:)
    http://husnazahidi.blogspot.com/2014/04/giveaway-contest-gila-buasir-otak.html
    goodluck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang bahaya awak, ok thanks sudi singgah :)

      Delete
  4. Aku pernah ada cyst di belakang bahu. Hmm okay bunyi macam tak serius.

    ReplyDelete

Kalau rajin komen sikit

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
HADIRAH IS A DREAMER NOT A DAYDREAMING PERSON